Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak khidmat perpustakaan kembali mulai 4 Jan; tiada had waktu kunjungan Isnin-Jumaat

Dec 29, 2020 | 05:36 PM



ORANG ramai boleh meluangkan lebih banyak masa di perpustakaan awam mulai Isnin (4 Januari) dalam tempoh Singapura memasuki fasa ketiga pembukaan semula ekonominya. 



Antara Isnin hingga Jumaat, tiada batasan berapa lama pengunjung boleh berada di Perpustakaan Negara, perpustakaan awam, Arkib Negara Singapura dan muzium pameran Perang Dunia Kedua, Former Ford Factory,  pada masa operasi tempat-tempat ini.



Had waktu bagaimanapun masih dikenakan pada lokasi-lokasi ini bagi kunjungan hujung minggu.



Pada Sabtu dan Ahad, pengunjung boleh ke Perpustakaan Negara, perpustakaan serantau di Jurong, Tampines dan Woodlands serta Arkib Negara Singapura sehingga tiga jam lamanya.



Bagi kunjungan ke perpustakaan awam lain, lawatan dihadkan pada dua jam sahaja. Orang ramai digalakkan menempah slot masa tertentu dalam talian.



Butiran ini dinyatakan Lembaga Perpustakaan Awam (NLB) dalam satu kenyataan pada Selasa (29 Disember).



Menurut NLB, ia akan secara beransur-ansur mengembalikan program awamnya dengan pengecualian buat sesi jelajah yang dipandu. Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi laman NLB, GoLibrary, yang beralamat https://go.gov.sg/golibrary.



Tayangan awam Arkib Filem Asia di Teater Oldham juga akan ditambah tampungan penontonnya sehingga 66 orang, daripada bilangan 50 orang sebelum ini, bagi kedua-dua teater dan atrium. Ia akan terus menawarkan program digital.



Bagi memastikan keselamatan pengunjung, langkah jarak selamat, kawalan tampungan dan penyahjangkitan yang kerap pada kawasan-kawasan yang memerlukan keprihatinan peribadi akan diteruskan dan dilaksanakan di kesemua premis NLB, jelas jurucakapnya.



Pengunjung diminta menggunakan pelitup setiap masa dan patuh pada had tampungan di kemudahan NLB.



"Dengan bermulanya kembali program kami, kami akan menjalankan proses pembersihan, sanitasi dan pengalihan udara tambahan di kawasan program diadakan sewaktu tempoh rehat antara satu sesi dengan yang lain," kata NLB lagi.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >