Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan panel Editor

Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel wartawan BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.
BM
Mar 07, 2021 | 05:30 AM



Lebih banyak laluan bantu pelajar maju, penuhi potensi masing-masing



DEBAT belanjawan minggu ini telah menyajikan banyak laporan tentang pelan dan rancangan pemerintah untuk membantu rakyat dan meningkatkan mutu kehidupan di sini.



Antara berita yang paling menarik perhatian saya ialah pelan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memberi lebih banyak laluan dan peluang kepada pelajar untuk maju dalam pelajaran dan memenuhi potensi masing-masing.



Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong memberi jaminan bahawa kementeriannya akan meneruskan usaha membantu pelajar tidak kira apa tahap permulaan mereka.



Antara lain, MOE akan memperkemas kurikulum Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk membuka peluang kepada lebih ramai pelajar meraih kelayakan Nitec Tinggi dalam jangka masa yang lebih pendek.



Ini bagi memberi lulusan ITE akses lebih luas kepada peluang peningkatan, dan pada masa yang sama kekal bersaing demi memenuhi keperluan transformasi industri.



Sebuah universiti swasta seni pertama juga akan dibentuk dalam jangka masa tiga hingga empat tahun hasil pakatan Maktab Seni Lasalle dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).



MOE juga sedang meninjau memperluas Program Asas Politeknik (PFP) kepada lebih ramai pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan berbeza.



MOE juga memperluas program yang bertujuan membantu murid darjah satu yang mempunyai keperluan sosial dan tingkah laku khas menyesuaikan diri dengan sekolah rendah.



Inisiatif-inisiatif baru ini merupakan tambahan kepada program-program yang telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu untuk memperluas dan mempelbagai laluan pendidikan bagi pelajar.



Antara peralihan utama yang telah diperkenalkan ialah mengurangkan penekanan berlebihan pada keputusan akademik dan meningkatkan fleksibiliti di sekolah.



Laluan ini diharap dapat merangsang pelajar untuk mencapai potensi berdasarkan kekuatan dan minat mereka dan pada paras kemajuan masing-masing.



Ini juga satu petanda jelas tentang kesungguhan pemerintah untuk menyamatarakan peluang bagi anak kecil tidak kira apa permulaan mereka.



Peluang sebegini tidak wajar disesiakan.



Matlamat yang terbuku akan hanya tercapai sekiranya pelajar, ibu bapa dan badan masyarakat memainkan peranan untuk merebut peluang yang tersedia demi masa depan yang lebih baik bagi diri, keluarga dan masyarakat.




Usaha bantu pekerja 'gig' miliki hak seperti pekerja biasa



SATU lagi berita dari persidangan parlimen yang menarik perhatian saya minggu lalu ialah rancangan untuk membantu pekerja "gig" seperti pekerja penghantaran makanan.



Sebagai contoh, Penolong Setiausaha Agung NTUC Patrick Tay menyarankan agar MOM mengkaji semula Undang-Undang Kesatuan Sekerja untuk membolehkan pekerja bebas menjadi anggota kesatuan.



Menurut beliau, pelan ini akan membolehkan pekerja gig seperti pekerja penghantaran makanan menikmati apa yang ditawarkan oleh NTUC dan kesatuan sekerja kepada anggota mereka.



Beliau juga mengusulkan untuk mengubah undang-undang pekerjaan atau memperkenalkan undang-undang baru untuk melindungi pekerja bebas dan hak-hak mereka sebagai pekerja, seperti pekerja biasa.



Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo berkata pemerintah akan menyokong golongan bekerja sendiri (SEP) yang ingin beralih ke pekerjaan tetap dengan menyediakan peluang latihan dan pekerjaan.



Menurut Cik Teo, disebabkan kepelbagaian kerja yang dilakukan oleh golongan itu, pemerintah harus mengelak mengambil pendekatan 'satu saiz untuk semua' dalam menyokong SEP.



Menyentuh pekerja gig, beliau berkata tumpuan pemerintah ialah mencari keseimbangan dalam aturan di antara pekerja 'gig' dan pihak yang mendapatkan perkhidmatan mereka.



"Seperti yang disarankan oleh Encik Patrick Tay (Pioneer) dan Encik Louis Chua (GRC Sengkang), satu cara ialah dengan menyediakan hak pekerjaan asas untuk SEP.



"Tetapi ini tidak begitu mudah dilaksanakan," terang Cik Teo.



Dalam hal ini, katanya pemerintah mengalu-alukan minat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk memperkukuhkan perwakilan SEP dan pekerja bebas.



Yang pasti, nasib golongan pekerja seperti ini wajar diberi perhatian.



Diharapkan, semua perbincangan dan rancangan ini akan membuahkan hasil dan dapat memberi perlindungan dan peluang pekerjaan lebih baik kepada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >