Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak larangan masuk di prasekolah, pusat intervensi awal

Ecda: Ini sebahagian usaha perketat langkah Covid-19 sejajar usaha perlahankan penularan
May 06, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak larangan masuk di prasekolah dan pusat intervensi awal, termasuk larangan terhadap semua ibu bapa kecuali mereka dengan anak yang baru masuk sekolah, akan dilaksanakan mulai Sabtu ini.



Kanak-kanak daripada kelas yang berlainan juga tidak akan dibenarkan bercampur gaul, sementara lawatan lapangan dan kegiatan kumpulan besar lain yang dilakukan di luar pusat akan digantung.



Ini adalah sebahagian usaha memperketat langkah-langkah Covid-19 di pusat tersebut, sejajar dengan usaha negara untuk memperlahan penularan virus Covid-19, kata Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) semalam.



Namun, kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak perlu menggunakan aplikasi TraceTogether mulai 17 Mei - tarikh penggunaan sistem penjejakan kontak itu menjadi wajib di tempat awam.



Peraturan itu akan dilaksanakan bersama dengan peraturan Covid-19 semasa di prasekolah, termasuk lebih banyak pembersihan, pemeriksaan suhu dan kesihatan sehingga tiga kali sehari, dan membahagikan murid dalam kumpulan di pusat.



Mulai Sabtu ini hingga 30 Mei, hanya individu yang diperlukan untuk menyokong operasi dalam pusat itu, mereka yang melakukan tugas yang diperlukan seperti pelesenan, dan ibu bapa yang menemani anak yang baru masuk sekolah, akan dibenarkan masuk ke dalam pusat tersebut.



Ibu bapa lain tidak akan dibenarkan masuk.



Prasekolah dan pusat intervensi awal dinasihatkan agar mengadakan sidang ibu bapa-guru dalam talian, dan melakukan lawatan dalam alam maya bagi bakal murid, kata Ecda.



Kontraktor yang menyediakan program tambahan seperti program pengayaan hanya akan dibenarkan berkhidmat bagi sehingga empat prasekolah semasa tempoh ini demi mengurangkan risiko penularan antara pusat.



Namun, pengecualian akan dibuat bagi penyedia program Sokongan Pembangunan-Sokongan Pembelajaran dan program Sokongan Pembangunan Plus.



Agensi itu juga berkata kanak-kanak hanya akan dibenarkan menyertai kegiatan di dalam kelas masing-masing dan dalam kumpulan kecil sebagai sebahagian langkah memperketat pergerakan kakitangan dan kanak-kanak.



Pusat tersebut akan melakukan sesi ini bagi kumpulan lima kanak-kanak, dikurangkan daripada lapan, sejajar dengan garis panduan nasional.



Ia menambah bahawa kegiatan luar semasa tempoh ini boleh diteruskan dalam kumpulan lebih kecil itu.



Namun, kegiatan luar berskala besar, seperti kembara pembelajaran dan lawatan lapangan perlu digantung buat masa sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >