Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak maklumat diperlukan dalam siasatan kebakaran akibatkan jerebu: NEA

Mar 02, 2017 | 03:13 PM



SYARIKAT Asia Pulp and Paper (APP), salah satu daripada syarikat Indonesia yang dipersalahkan kerana masalah jerebu yang menjejas Singapura pada 2015, tidak memberi maklumat cukup kepada pihak berkuasa Singapura yang menyiasat kebakaran itu.



Di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan - yang digubal untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab menyebabkan atau membiarkan kebakaran mengakibatkan jerebu mencapai tahap tidak di Singapura - Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah meminta APP pada September 2015 supaya mengemukakan maklumat lanjut mengenai empat pembekalnya iaitu PT Bumi Andalas Permai, PT Bumi Mekar Hijau, PT Sebangun Bumi Andalas Woods Industries dan PT Rimba Hutani Mas.



"Maklumat yang diberikan APP setakat ini terhad dan lebih banyak maklumat masih dicari daripada mereka bagi siasatan NEA berhubung empat syarikat itu," kata seorang jurucakap NEA dalam satu kenyataan Khamis (2 Mac).



Empat pembekal APP diberi Notis Langkah-langkah Pencegahan oleh NEA di bawah Seksyen 9 Akta itu, bersama dua syarikat lain. NEA telah mengenal pasti kebakaran di tanah konsesi yang dikaitkan dengan enam syarikat Indonesia itu.



Menurut NEA, dua syarikat lain, PT Bumi Sriwijaya Sentosa dan PT Wachyuni Mandira, telah memberi respons terhadap notis itu, menyatakan mereka tidak lagi dikaitkan dengan tanah-tanah yang terjejas sebelum kebakaran berlaku pada 2015.



"Menyusuli siasatan lanjut NEA berdasarkan maklumat yang diberi, NEA terima penjelasan itu dan menutup kedua-dua kes," kata NEA.



Bagaimanapun, empat pembekal APP belum memberi respons kepada surat NEA meski sudah diingatkan berulang kali, kata jurucakap NEA itu.



Seorang pengarah salah satu syarikat yang diberi Notis Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan sepatutnya diinterviu NEA semasa berada di Singapura tetapi beliau tidak hadir.



NEA telah mendapatkan waran mahkamah supaya beliau hadir apabila memasuki Singapura lagi.



Ia akan juga berusaha menemui pengarah syarikat lain yang berkenaan jika mereka memasuki Singapura, kata jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >