Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih banyak masa diperlu sebelum harga pengguna S'pura reda: Alvin Tan

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi mengukuhkan dolar Singapura masih mempengaruhi ekonomi, dan lebih banyak masa diperlukan sebelum harga pengguna di sini mulai reda, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.



Beliau memberikan responsnya kepada Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) di Parlimen yang bertanya sekiranya MAS akan pertimbangkan untuk menaikkan nilai dolar Singapura sekali lagi, selepas inflasi teras mencecah 5.3 peratus September lalu.



Sepanjang 14 bulan lalu, Singapura telah menjalankan lima pusingan untuk mengukuhkan dasar kewangan.



Encik Tan berkata ini akan dapat meredakan inflasi teras dengan kadar sekitar 1.5 peratus setiap tahun - pada tahun ini dan tahun depan.



MAS akan terus mengerahkan dasar kewangan sebagai langkah sesuai untuk memastikan harga pengguna di sini kekal stabil dalam jangka pertengahan, katanya.



Namun, ini perlu diimbangi dengan risiko jangka dekat yang dikaitkan dengan dolar Singapura yang lebih kukuh di sebalik ekonomi sejagat yang perlahan dan tidak menentu.



Kadar inflasi teras tinggi yang dilaporkan September lalu termasuk kos makanan, perkhidmatan dan barangan lain, tetapi tidak termasuk pengangkutan privet dan penginapan.



Didorong kebanyakannya oleh ketegangan geopolitik yang menyebabkan gangguan pada rantaian bekalan dan harga komoditi yang lebih tinggi, harga pengguna yang lebih tinggi telah menyebabkan ekonomi besar di serata dunia menaikkan kadar faedah agar dapat mengehadkan kos kehidupan.



Encik Tan berkata MAS menjangkakan inflasi teras untuk kekal kukuh menjelang enam bulan pertama tahun depan, sebelum mula perlahan pada enam bulan selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >