Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak masjid ikut galak lebih ramai jemaah amal hidup sihat

Penyertaan masjid, jemaah dalam kegiatan 'Jaga Ummah, Jaga Kesihatan' bersama HPB bertambah
Nov 17, 2021 | 05:30 AM



MASJID mendekati lebih 38,500 jemaah untuk menyertai pelbagai kegiatan menggalak gaya hidup sihat di bawah inisiatif 'Jaga Ummah, Jaga Kesihatan (JKJU)' pada 2019 dan 2020.



Jumlah masjid yang bekerjasama dengan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dalam inisiatif yang dilancarkan pada 2017 itu juga telah meningkat daripada 15 kepada 32 masjid.



Demikian menurut Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di majlis penyampaian anugerah JKJU masjid paling aktif, di Lifelong Learning Institute semalam.



Majlis itu, yang diadakan secara hibrid, ditiadakan tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.



Encik Masagos berkata perkembangan inisiatif tersebut dan angka penyertaan terkini itu adalah satu pencapaian besar.



Beliau gembira usaha menggalak kesihatan tetap dilaksanakan masjid JKJU meskipun semasa pandemik ini, dengan masjid mendekati jemaah dalam talian.



"Saya mengalu-alukan masjid-masjid sebagai rakan baru dalam usaha nasional ini," kata beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



"Selain menawarkan bimbingan agama, anda juga memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat kemaslahatan dan kesihatan populasi di sini," tambahnya.



Enam masjid diberi anugerah masjid JKJU paling aktif pada 2019 dan 2020, yang dinilai berdasarkan bilangan program galak gaya hidup sihat HPB yang dianjurkan, bilangan peserta serta sokongan mereka kepada inisiatif dan kempen HPB.



Ini termasuk mengadakan aktiviti fizikal, pertunjukkan masakan makanan sihat dan usaha pemantauan kesihatan bagi warga emas selain inisiatif baru sendiri.



Penerima anugerah itu bagi 2019 ialah Masjid Darul Makmur, Masjid Ahmad Ibrahim dan Masjid Al-Istighfar.



Bagi 2020, penerimanya ialah Masjid An-Nur, Masjid Maarof dan Masjid Alkaff Upper Serangoon, yang juga antara sembilan masjid terbaru menyertai JKJU pada 2019 dan 2020.



Mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dan minat dalam usaha ini, Encik Masagos memberi contoh baru-baru ini lebih 100 wakil masjid, karyawan kesihatan dan rakan kerja masyarakat mengadakan mesyuarat maya pelan kerja JKJU.



Beliau berkata kolaborasi dan kerjasama seperti itu penting bagi mencapai matlamat negara membolehkan penduduk di sini hidup secara lebih sihat.



Encik Masagos menggalak lebih banyak masjid menyertai inisiatif itu dan bekerjasama dengan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) serta Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



"Ini kerana kita sebahagian daripada masyarakat lebih luas dan boleh menyumbang dengan pelbagai cara yang bermakna... Kita semua mempunyai visi sama hendak membina sebuah negara lebih sihat dan lebih berdaya tahan, di mana rakyat dapat hidup dan menua dengan sihat," ujar Encik Masagos.



"Saya mengalu-alukan masjid-masjid sebagai rakan baru dalam usaha nasional ini... Kita semua mempunyai visi sama hendak membina sebuah negara lebih sihat dan lebih berdaya tahan, di mana rakyat dapat hidup dan menua dengan sihat."



- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >