Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak mesin kitar semula bagi bekas minuman diperkenalkan di Jurong

Feb 28, 2021 | 05:16 PM



PENDUDUK di kawasan Jurong akan mempunyai lebih banyak mesin kitar semula layan diri yang menawarkan baucar sebagai ganti dengan botol minuman plastik dan tin aluminium. 



Setiap 40 tin atau 25 botol yang dimasukkan dalam mesin itu akan memberi seseorang 550 mata ganjaran Grab, yang bersamaan dengan potongan harga $1 bagi tempahan makanan atau khidmat kenderaan. 



Mereka juga boleh menerima baucar $30 oleh pembekal tenaga, Ohm yang boleh digunakan untuk bil mereka, bagi setiap 50 tin atau 32 botol. 



Skim ini adalah peluasan program yang menyaksikan Agensi Sekitaran Nasional (NEA) dan F&N Foods memasang 50 mesin layan diri di serata negara, di antara Oktober 2019 dengan Jun tahun lalu. 



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu memberitahu wartawan di pusat makanan Yuhua pagi Ahad (28 Feb) bahawa sistem ganjaran itu memberi insentif kepada orang ramai untuk mengitar semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >