Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak mudarat dedah data kaum banduan, penjenayah

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



PEMIMPIN masyarakat sebulat suara berpandangan lebih banyak perkara boleh dilakukan atau ditonjolkan daripada mendedahkan data jumlah banduan dan penjenayah berdasarkan kaum. Ini kerana mendedahkannya mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat.



Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, berkata maklumat sebegitu "ibarat membuka pekung di dada". Ia boleh menjejas kaum yang mempunyai perwakilan besar dalam penjara dan perbuatan jenayah. Yang harus ditonjolkan ialah kisah positif bekas banduan yang sudah pulang ke pangkal jalan.



"Daripada pengalaman mereka, mereka boleh menjadi contoh baik dan dapat bimbing anak-anak muda pada masa depan," ujarnya.



Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim berkata: "Lebih penting memberi tumpuan pada hasilnya - membina masyarakat yang lebih memupuk dan bersatu dengan meluaskan lebih banyak naratif positif mengenai pencapaian, dan memperkemas usaha memperbaiki kedua-duanya, keterlihatan dan akses kepada khidmat dan sumber bagi semua segmen terpinggir."



Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Encik Anbarasu Rajendran, berkata melihat pemenjaraan menerusi lensa etnik tidak memberi orang awam gambaran tepat. Ada faktor sosio-ekonomi lain yang menyumbang dan ia perlu dipertimbang.



"Data sebegitu juga akan memudaratkan kumpulan minoriti di Singapura, yang bekerja gigih sepanjang tahun-tahun lalu bagi mencatat kemajuan," ujarnya.



Ketua Pegawai Pembangunan Majulah Community, Encik Muhammad Asyraf Mustaffa, berkata data tersebut harus dikongsi dengan orang dan pertubuhan yang bekerjasama dengan golongan terjejas bagi membolehkan campur tangan lebih langsung oleh masyarakat.



"Faktor seperti kekurangan sokongan keluarga atau masyarakat, kekurangan sumber atau jurang dalam masyarakat boleh diketengahkan bagi membolehkan masyarakat mengambil berat akan satu sama lain, dan bagi menyokong pertubuhan masyarakat dalam menangani keperluan ini dengan lebih baik," ujarnya selaku jurucakap Majulah Community.



Setiausaha kehormat Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF), Cik Haslinda Putri Harun, berkata mendedahkan statistik sedemikian boleh mematahkan semangat sesebuah kaum, malah memperkuat stereotaip yang dikaitkan dengan kaum itu serta prejudis kaum lain.



"Saya harap pemimpin masyarakat akan mengambil kesempatan daripada hak istimewa ini (mendapat data sedemikian) untuk membantu banduan dan pesalah menuju ke arah kebaikan."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >