Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DEDIKASI JURURAWAT DIIKTIRAF

Lebih banyak peluang bagi jururawat pertingkat diri

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



Seramai 101 jururawat diiktiraf atas sumbangan hebat serta komitmen mereka kepada kerjaya tersebut, tahun ini. Anugerah Merit Jururawat yang dimulakan pada 1976 disampaikan kepada jururawat yang telah mempamerkan kelakonan luar biasa, menyertai dalam pembangunan profesional, selain menyumbang kepada kerjaya yang mulia itu. Wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) menemuramah beberapa penerima anugerah itu. Anugerah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, dalam satu majlis yang berlangsung semalam.



PARA jururawat mempunyai lebih peluang untuk mempertingkat diri sedang sistem jagaan kesihatan di sini menjalani perubahan bagi menghadapi cabaran penduduk yang menua serta bertambahnya kes penyakit kronik.



Antara lain, para jururawat mendaftar (EN) boleh mendapatkan diploma dalam kejururawatan secara lebih pantas, selain dilengkapi dengan kemahiran serta pengetahuan dalam pentadbiran ubat kepada pesakit.



Mendedahkan demikian di Majlis Penyampaian Anugerah Merit Jururawat yang berlangsung semalam, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata tenaga kerja jururawat akan dipertingkat dalam beberapa cara.



Ini termasuk dengan menghasilkan lebih banyak peluang mempertingkat diri dalam kemahiran yang kian penting, menggalak pembangunan profesional menerusi kerjaya kejururawatan dan menjadikan kejururawatan satu kerjaya pilihan untuk pelajar dan para profesional kerjaya pertengahan.



"Sedang kita mengubah sistem jagaan kesihatan untuk menyokong cabaran penduduk yang kian menua dan bertambahnya penyakit kronik, tenaga kerja jagaan kesihatan kita juga perlu berkembang sejajar dengan keperluan masa depan.



"Sebagai tunggak tenaga kerja jagaan kesihatan, jururawat memainkan peranan penting dalam memimpin perubahan untuk memperbaiki khidmat jagaan kesihatan kita," katanya.



Di bawah satu inisiaif baru, MOH kini sedang bekerjasama dengan Politeknik Ngee Ann (NP) dan Politeknik Nanyang (NYP) untuk memperkenalkan Diploma dalam Kejururawatan untuk EN, dalam usaha meluaskan laluan golongan tersebut mempertingkat diri menjadi jururawat berdaftar (RN) lebih pantas untuk kerjaya mereka - selama dua tahun berbanding dua tahun setengah pada masa ini.



Seramai 65 pelajar ITE dijangka meraih manfaat daripada kursus tersebut yang bermula tahun ini.



Satu lagi inisiatif ialah menerusi kerjasama MOH dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College East di mana EN dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan relevan dalam memberikan ubat kepada pesakit.



Selesai kursus Pentadbiran Ubat itu, para EN yang terlibat akan menerima Sijil Kecekapan.



Seramai 19 EN telah didaftar untuk program tersebut yang bermula pada 11 Julai lalu.



MOH juga akan melancarkan satu program ijazah sarjana muda sambilan selama tiga tahun, Sarjana Muda Sains (Amali Kejururawatan).



Ijazah itu ditawarkan Pusat Pembelajaran Kejururawatan Alice Lee di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Di majlis yang berlangsung di Hotel Concorde itu semalam, seramai 101 jururawat diiktiraf di atas khidmat cemerlang serta komitmen mereka terhadap kerjaya tersebut.



Para penerima terdiri daripada mereka yang bekerja di sektor jagaan masyarakat, hospital privet dan institusi jagaan kesihatan awam.



Setiap seorang penerima diberi pingat, yang akan dipakai sebagai sebahagian daripada uniform mereka, serta wang tunai berjumlah $1,000 yang boleh digunakan sebagai pembangunan dan pembelajaran profesional serta peribadi mereka.



Di majlis itu, Encik Gan turut mendedahkan bahawa tenaga kerja kejururawatan bertambah sekitar 17 peratus antara 2013 dengan 2018, dan kini terdapat sekitar 42,000 jururawat sehingga akhir tahun lalu.



Menurutnya kemasukan kejurawatan bertambah dalam tempoh yang sama dan lebih pantas, dengan 30 peratus daripada sekitar 1,600 orang pada 2013 kepada 2,100 jurawat pada tahun lalu.



"Jururawat kami merupakan tunggak penting dalam tenaga kerja jagaan kesihatan kami dalam usaha memenuhi keperluan masa depan.



"Kami akan terus membangunkan tenaga kerja kejururawatan menerusi latihan setempat, menggalak jururawat meraih kemahiran baru serta mengenal pasti sumbangan mereka," katanya.




"Sedang kita mengubah sistem jagaan kesihatan untuk menyokong cabaran penduduk yang kian menua dan bertambahnya penyakit kronik, tenaga kerja jagaan kesihatan kita juga perlu berkembang sejajar dengan keperluan masa depan. Sebagai tunggak tenaga kerja jagaan kesihatan, jururawat memainkan peranan penting dalam memimpin perubahan untuk memperbaiki khidmat jagaan kesihatan kita... Jururawat kami merupakan tunggak penting dalam tenaga kerja jagaan kesihatan kami dalam usaha memenuhi keperluan masa depan. Kami akan terus membangunkan tenaga kerja kejururawatan menerusi latihan setempat, menggalak jururawat meraih kemahiran baru serta mengenal pasti sumbangan mereka."
- Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong semasa berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Merit Jururawat semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >