Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak peluang bagi pelajar guna bahasa Melayu luar bilik darjah: Maliki

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak peluang akan disediakan untuk pelajar menggunakan bahasa Melayu di luar lingkungan bilik darjah, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Beliau berkata demikian semasa bercakap mengenai usaha Kementerian Pendidikan (MOE) meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.



Dr Maliki memberi contoh kerjasama antara Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan Mandai Wildlife Group untuk melancarkan program Kembara Nusantara.



Program itu menggalak pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi kanak-kanak prasekolah, ibu bapa dan guru mereka melalui kegiatan menyeronokkan di Taman Haiwan Singapura.



Dr Maliki menambah bahawa MOE maklum tentang pentingnya menyediakan asas Bahasa Ibunda kukuh kepada pelajar.



"Hal ini akan membolehkan mereka menghargai warisan dan budaya dan berkomunikasi secara berkesan dengan masyarakat Asia dan dunia," kata beliau.



"Kami akan terus menyemak usaha-usaha kami untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih autentik dengan mengunakan kaedah kreatif supaya bahasa Melayu terus hidup dalam jiwa pelajar-pelajar kita."




"Hal ini akan membolehkan mereka menghargai warisan dan budaya dan berkomunikasi secara berkesan dengan masyarakat Asia dan dunia. Kami akan terus menyemak usaha-usaha kami untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih autentik dengan mengunakan kaedah kreatif supaya bahasa Melayu terus hidup dalam jiwa pelajar-pelajar kita."



- Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, mengatakan MOE maklum peri penting menyediakan asas Bahasa Ibunda kukuh kepada pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >