Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lebih banyak peluang kerjaya bagi pekerja tanpa ijazah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih banyak peluang kerjaya bagi pekerja tanpa ijazah

Aug 17, 2014 | 07:38 PM

GOLONGAN pekerja tanpa kelulusan universiti akan diberi lebih banyak peluang untuk melangkah jauh dalam kerjaya masing-masing.

Sebagai permulaan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, perkhidmatan awam akan memberikan lebih banyak penumpuan kepada prestasi pekerja dan kemahiran relevan yang ada pada mereka daripada hanya melihat kepada kelayakan pendidikan permulaan yang mereka perolehi.

Ini termasuk menggabungkan lebih banyak skim lulusan universiti dan mereka yang tidak mempunyai ijazah agar setiap pekerja mempunyai peluang yang seimbang dalam trek kerjaya yang sama.

Perkhidmatan awam juga akan menaikkan pangkat golongan bukan graduan universiti lebih cepat di dalam jurusan yang sebelum ini hanya dianggap bagi golongan graduan, sekiranya mereka dapat membuktikan kecemerlangan dalam pekerjaan tersebut.

Dalam ucapannya, Encik Lee berkata perkhidmatan awam telah pun menyediakan kerjaya yang menarik bagi golongan bukan graduan universiti.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3