PARLIMEN
Lebih banyak peluang latihan anjuran universiti dan politeknik
Jul 05, 2017 | 05:30 AM
BILANGAN kursus modular yang ditawarkan universiti autonomi dan politeknik setempat telah meningkat daripada 2,200 pada 2015 kepada 2,600 tahun lalu - sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada warga mempertingkat kemahiran sepanjang hayat.
Kebanyakan kursus yang ditawarkan itu adalah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi.