Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak pemeriksaan perubatan bagi pembantu rumah

MOM: Termasuk mengukur BMI untuk kesan kes penderaan
Aug 06, 2021 | 05:30 AM



PEMBANTU rumah migran tidak lama lagi akan menjalani lebih banyak pemeriksaan semasa pemeriksaan perubatan setiap enam bulan, termasuk mengukur indeks jisim badan (BMI) untuk mengesan kes penderaan.



Mulai 29 Ogos, doktor juga harus memeriksa bagi tanda-tanda kecederaan tidak dapat dijelaskan, daripada setakat memeriksa bagi kehamilan dan penyakit berjangkit.



Pemeriksaan itu akan dilakukan di klinik tanpa kehadiran majikan untuk memberi pembantu rumah sekitaran selamat bagi meminta pertolongan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Pemeriksaan dari rumah tidak akan dibenarkan.



Klinik dikehendaki menghantar semua borang pemeriksaan perubatan, tidak kira apa hasil pemeriksaan, kepada MOM.



Kementerian itu berkata langkah mencatat berat badan dan ketinggian pembantu rumah migran dan mengira BMI mereka akan membolehkan doktor membandingkan rekod dan mengenal pasti tanda amaran seperti penurunan berat badan ketara bagi siasatan lanjut.



Pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan susulan jika terdapat tanda kecederaan mencurigakan dan tidak dapat dijelaskan.



MOM berkata tindakan ini diambil setelah berunding dengan Kementerian Kesihatan (MOH), doktor, majikan dan agensi pekerjaan.



Ini menyusuli beberapa kes penderaan pembantu rumah.



Pada April lalu, suri rumah Gaiyathiri Murugayan dipenjara 30 tahun kerana tidak memberi makan dan menyeksa pembantu rumahnya, Cik Piang Ngaih Don, 24 tahun, hingga mati.



Berat badan warga Myanmar itu 24 kilogram apabila beliau meninggal dunia pada 26 Julai 2016. Berat badannya susut 38 peratus sejak beliau mula bekerja bersama keluarga itu pada 28 Mei 2015.



Pada November lalu, seorang wanita dihukum penjara 10 bulan dan dua minggu kerana berulang kali menganiaya seorang pembantu rumah Indonesia yang digajikan keluarganya. Pembantu rumah itu melarikan diri dengan memanjat turun 15 tingkat dari sebuah balkoni.



Dalam kenyataannya, MOM juga menangani soalan seperti apakah pemeriksaan tambahan itu akan menyebabkan kenaikan kos bagi majikan.



Kenaikan yuran dijangka tidak banyak, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa klinik harus menyemak dan membuat keputusan komersial mereka sendiri dalam menyesuaikan bayaran bagi pemeriksaan tersebut.



Berkenaan soalan mengapa MOM tidak meningkatkan kekerapan pemeriksaan perubatan, ia berkata ini akan menyebabkan kos lebih tinggi bagi majikan.



Langkah sedemikian juga mungkin dianggap sebagai menyukarkan bagi kedua-dua pihak, majikan dan pembantu rumah sendiri, kata MOM.



Kementerian itu berkata pemeriksaan perubatan yang dipertingkat itu akan melengkapi langkah-langkah lain bagi menyokong kesejahteraan pembantu rumah migran.



Pada April lalu, MOM mengumumkan bahawa pegawainya akan melakukan lawatan rumah secara rawak untuk memeriksa pembantu rumah dan majikan mereka di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >