Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak perkahwinan tahun lalu, hampir suku daripadanya kahwin campur

Jul 10, 2018 | 01:07 PM



LEBIH ramai orang naik pelamin tahun lalu, dengan pasangan yang kahwin campur membentuk hampir suku daripada 28,212 perkahwinan yang didaftar.



Tahun lalu, 22.1 peratus daripada perkahwinan yang didaftarkan merupakan perkahwinan antara kaum, menurut Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian 2017 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura hari ini (10 Julai).



Ini juga merupakan satu trend yang meningkat, berbanding 16.4 peratus pada 2007.



Dalam pada itu, jumlah pasangan yang bercerai berkurangan tahun lalu berbanding 2016.



Sebanyak 7,578 mahligai yang dibina musnah, turun 0.5 peratus berbanding 7,614 perceraian yang berlaku pada 2016.



Menurut perangkaan itu, ini disebabkan jumlah perceraian oleh pasangan Islam yang berkurangan, yang lebih daripada mengimbangi kenaikan jumlah perceraian sivil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >