Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak perlu dilakukan bantu kanak-kanak mangsa dera

Nov 24, 2019 | 05:48 PM



SEBAGAI sebuah masyarakat, lebih banyak boleh dan perlu dilakukan untuk mengurangkan penderitaan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.



Meskipun terdapat banyak kemudahan bagi membantu mereka yang menghadapi kesusahan atau golongan yang memerlukan, masih wujud kes-kes penderaan yang berlaku di Singapura - dan ini sesuatu yang malang lagi menyedihkan.



Menyentuh hal demikian, Presiden Halimah Yacob berkata:

“Sering, orang takut dilihat sebagai mencampur tangan dalam urusan keluarga orang lain, tapi pastinya jika terdapat tangisan kesakitan seorang kanak-kanak yang sering berlakudi kawasan kejiranan anda yang disebabkan penderaan - dan anda menyedari hal itu - itu alasan yang cukup untuk mencampur tangan untuk menyelamatkan budak itu.



“Pada masa sedemikian, berdiam diri dan tidak berusaha mengetahui apa yang sedang berlaku bukan satu pilihan.”



Puan Halimah menekankan hal tersebut dalam ucapannya sebagai tetamu terhormat di majlis makan tengah hari sempena menyambut ulang tahun ke-30 Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) Sabtu (23 November).



Beliau turut menambah bahawa ibu bapa yang merasakan mereka tidak mampu menjaga anak-anak mereka patut mendekati Pusat Khidmat Keluarga atau agensi sosial lain yang menyokong kanak-kanak untuk mendapatkan bantuan.



RKM, yang menyediakan khidmat bagi kanak-kanak dan belia berisiko, bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada 29 Disember 2019.



Sempena majlis makan tengah hari semalam, RKM telah mengumumkan bakal berpindah ke bangunan baru yang terletak di Elias Road menjelang Jun 2020.



Ini merupakan pemindahan RKM buat kali kedua sejak ia memulakan khidmatnya di Mountbatten Road (1989 hingga 2010) dan kemudian di perkarangan sedia ada di Bedok (2010 hingga 2020). 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >