Lebih banyak perubahan pada Kabinet tahun depan: PM Lee
Apr 30, 2017 | 05:30 AM
LEBIH ramai Menteri baru akan dilantik tahun depan dan mereka akan menerajui kementerian masing-masing, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Menemui media Singapura selepas sidang Asean di Manila semalam, Encik Lee berkata perubahan Kabinet yang beliau buat baru-baru ini bukan perubahan penuh dan beliau menjangka membuat perubahan yang lebih besar tahun depan.