Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAN 50 TAHUN URA BAGI PEMBANGUNAN SINGAPURA

Lebih banyak perumahan di tapak bandar dan lebih pelbagai penuhi keperluan penduduk

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh menjangkakan lebih banyak perumahan di kawasan bandar dan sekitarnya, serta jenis perumahan yang lebih pelbagai untuk memenuhi keperluan lapisan masyarakat yang berbeza.



Dalam semakan terbarunya bagi pembangunan jangka panjang Singapura, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) membentangkan pelan untuk membina lebih banyak rumah berdekatan dengan kemudahan pengangkutan dan kawasan pekerjaan.



Pelan itu menunjukkan kawasan perumahan baru akan dibina di tempat seperti Greater Southern Waterfront (GSW), Marina East, dan Marina South.



Contohnya, GSW akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman, pekerjaan dan riadah yang mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik.



Selain itu, URA dan agensi akan meneroka perancangan bagi reka bentuk dalaman rumah yang menyokong perubahan demografi dan gaya hidup, termasuk kaedah pekerjaan hibrid.



Pihak berkuasa juga akan mengkaji lebih banyak konsep kediaman dibantu (assisted living) sebagai pilihan perumahan bagi penduduk yang menua.



URA akan melancarkan tender untuk merintis model kediaman dibantu privet di Parry Avenue di Kovan.



Ini setelah HDB merintis model serupa di bawah Apartmen Jagaan Masyarakat di Bukit Batok sebelum ini dan bakal melancarkan projek serupa di Queenstown.



"URA dan agensi akan menyemak sambutan bagi konsep ini dan menilai jika lebih pembangunan serupa boleh dilaksana," kata URA dalam kenyataannya kelmarin.



Selain itu, reka bentuk perumahan yang lebih pelbagai akan disediakan untuk memenuhi keperluan isi rumah yang pelbagai saiz dan boleh disesuaikan bagi perubahan dalam gaya hidup, kata URA.



Sebagai sebahagian usaha untuk menjadikan bandar lebih inklusif, strategi URA juga akan memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan penduduk pelbagai lapisan usia.



Contohnya, di Kawasan Kesihatan @ Queenstown, agensi akan berganding bahu dengan pelbagai pihak berkepentingan, penduduk dan rakan masyarakat untuk merancang dan mereka bentuk ruang, serta merintis huraian yang meningkatkan kesejahteraan penduduk.



URA juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meneroka cara memanfaatkan ruang yang kurang digunakan dan menjadikannya ruang untuk kegunaan masyarakat. Ini termasuk ruang di bawah ekspreswe dan jejambat MRT.



Pihak berkuasa untuk menyediakan lebih banyak ruang fleksibel yang boleh disesuaikan dengan mudah untuk memenuhi keperluan baru. Ini bermakna ruang itu boleh memenuhi pelbagai kegunaan bergantung pada waktu.



Contohnya, satu ruang kerja bersama (co-working) di siang hari boleh ditukar untuk menjadi tempat untuk kegiatan masyarakat pada waktu malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >