Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan makanan rendah gula bertambah di S'pura, sebahagian usaha menentang diabetes

Aug 15, 2018 | 03:00 PM



HIDANGAN pencuci mulut, minuman dan sos kurang gula kini boleh diperolehi di restoran dan tempat makanan lain, sebahagian usaha pemerintah memerangi kencing manis.



Lebih banyak penghasil makanan kini menghasilkan produk yang tidak menggunakan gula ditapis atau refined sugar, dan menggantikannya dengan pemanis asli, seperti stevia - sejenis herba - tanpa menjejas rasa makanan itu.



Perkembangan ini berlaku ekoran pelaksanaan Skim  Pembangunan Bahan Lebih Sihat (HIDS) yang dilancarkan pada Julai tahun lalu (2017) untuk menggalak penghasil makanan menyediakan makanan utama lebih sihat, seperti beras dan mi mil penuh.



Mei lalu pula, skim ini dilanjutkan, untuk memberi sokongan kepada penghasilan hidangan pencuci mulut, sos dan minuman rendah kandungan gula, sebahagian usaha Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) untuk mengurangkan kadar gula dari makanan harian warga Singapura sehingga kadar 25 peratus pada 2020.



Sejak itu, empat penyedia makanan telah menggunakan geran itu membangun dan memasarkan produk rendah-gula, termasuk kek bulan, aiskrim dan minuman Asia.



Bercakap tentang skim itu pada Rabu (15 Ogos), ketua eksekutif HPB Encik Zee Yoong Kang berkata skim itu telah menyokong 26 pemohon geran, bernilai sekitar $7 juta, sejak ia dilancarkan.



Ini sekitar 20 peratus daripada pendanaan $35 juta yang diperuntuk bagi skim itu dalam tempoh tiga tahun.



 Lebih 50 produk lebih sihat kini ditawarkan di sekitar 3,000 cawangan menjual makanan dan minuman di serata pulau, walau lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah makanan dan minuman bergula yang dimakan, terutama dalam sektor khidmat makanan,” katanya.



Mengulas tentang penggunaan bahan pemanis sebagai pengganti gula, Encik Zee berkata:



Orang memilih makanan pencuci mulut dan minuman manis kerana mereka mahukan rasa manis itu. Kami menawarkan pilihan ini, supaya anda tidak perlu mengetepikan rasa manis ini, tetapi melalui pilihan makanan yang mendatangkan kesan berkurangan ke atas kesihatan,” katanya.



Menurut Encik Zee, HPB juga sedang berusaha menggesa lebih ramai penjaja makanan  menyertai skim itu.



Beliau berkata demikian semasa menyertai acara media di kilang penghasilan makanan Tung Lok - sebuah restoran makanan Cina - di Sembawang.



Restoran itu antara syarikat yang menggunakan geran HIDS untuk menyediakan kek bulan mengandungi sekitar 30 peratus kandungan gula dan kalori lebih rendah. Kek bulan yang dihasilkannya juga kurang 40 peratus lemak tepu.



 Ini bermakna satu kek bulan Tung-Lok kini mengandungi sekitar tujuh sudu teh gula, berbanding 10 sudu teh gula sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >