Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lebih banyak pilihan perkhidmatan bagi pemilik kenderaan di laman One.Motoring yang diperbaharui

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih banyak pilihan perkhidmatan bagi pemilik kenderaan di laman One.Motoring yang diperbaharui

Nov 07, 2018 | 03:39 PM

PEMILIK kenderaan tidak lama lagi boleh melakukan lebih banyak perkhidmatan melalui laman One.Motoring, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (7 November).

Dari 26 Nov, pemilik kenderaan akan dapat menggunakan pengesahan dua faktor (2FA) SingPass atau CorpPass bagi empat perkhidmatan digital baru di laman itu.

Perkhidmatan itu adalah: pemindahan hak milik kenderaan; pemindahan Bayaran Pendaftaran Tambahan Keutamaan dan rebat sijil hak memiliki kenderaan; pemindahan sijil hak memiliki kenderaan sementara; dan pembatalan kenderaan.

Di samping itu, LTA akan menggantikan surat, kecuali untuk saman, dengan pemberitahuan elektronik melalui SMS dan surat elektronik yang dihantar ke akaun One.Motoring pengguna. 

Pemberitahuan ini memaklumkan pemilik kenderaan mengenai status transaksi mereka.

LTA akan menyediakan tempoh peralihan enam bulan mulai November untuk membolehkan pemilik kenderaan menyesuaikan diri dengan sistem baru.

Sepanjang tempoh ini, surat akan terus dihantar kepada alamat pemilik bersama pemberitahuan elektronik.

Pemilik kenderaan dengan SingPass atau CorpPass akan menerima surat yang memberitahu mereka tentang perubahan itu sebelum permulaan tempoh peralihan.

Selain itu, pemilik kenderaan berdaftar asing akan dapat memohon permit masukan kenderaan (VEP) melalui laman itu dari 26 November, sebelum memasuki Singapura. 

Pemohon boleh mengambil dan membuat bayaran bagi permit atau Kad Autopass mereka di pejabat LTA di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setelah mendapat kelulusan.

Tahun depan, LTA akan melancarkan lebih banyak ciri seperti pengemaskinian dalam talian bagi rekod insurans kenderaan dan bayaran dalam talian VEP atau Kad Autopass.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3