Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Lebih banyak pilihan perumahan mampu milik bagi rakyat

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



FLAT sewa awam bukan sahaja menyediakan tempat berteduh tetapi penduduknya juga dapat meraih manfaat daripada pelbagai sokongan sosial untuk membantu mereka bangkit lebih kukuh.



Malah menurut Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, langkah menyeluruh dan bersepadu yang diambil itu bertujuan meningkatkan keupayaan keluarga yang tinggal di flat sewa.



Menerusi inisiatif seperti ComLink dan Projek Dian@M3, Dr Faishal berkata HDB bekerja rapat dengan agensi sosial dan badan masyarakat untuk meneliti keperluan keluarga ini dan berikan bimbingan supaya mereka dapat berdikari.



"Apabila mereka lebih bersedia untuk memiliki rumah mereka sendiri, mereka juga akan menerima bantuan yang diperlukan.



"Kami sedang menambahkan bekalan perumahan HDB untuk menawarkan lebih banyak pilihan perumahan mampu milik bagi rakyat Singapura, termasuk masyarakat Melayu," ujar beliau di Parlimen semalam.



Tambahnya, mereka juga boleh meraih manfaat daripada pelbagai subsidi dan geran perumahan seperti Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Geran Perumahan Step-Up Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Antara 2017 dengan 2021, Dr Faishal berkata lebih 1,800 isi rumah Melayu telah berpindah dari flat sewa ke flat yang dimiliki sendiri, naik lebih seganda berbanding lima tahun sebelumnya.



Dalam pada itu, Dr Faishal turut berkongsi bahawa sekitar 90 bujang akan berpindah ke dua flat sewa awam di Bedok North dan Buangkok Crescent di bawah satu model perintis yang tidak memerlukan mereka mencari rakan serumah dahulu.



Tambahnya, program perintis di dua tapak itu sedang berjalan lancar, dengan penduduk yang rata-ratanya dapat menjalin hubungan yang baik.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Encik Chong Kee Hiong (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten), yang prihatin tentang cabaran yang mungkin dihadapi pemohon mencari atau menjalin hubungan dengan rakan serumah baru mereka di bawah skim itu.



Dr Faishal berkata HDB memahami keprihatinan ini dan akan terus meninjau cara untuk menanganinya.




"Apabila mereka lebih bersedia untuk memiliki rumah mereka sendiri, mereka juga akan menerima bantuan yang diperlukan. Kami sedang menambahkan bekalan perumahan HDB untuk menawarkan lebih banyak pilihan perumahan mampu milik bagi rakyat Singapura, termasuk masyarakat Melayu."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >