Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Lebih banyak produk halal, firma asing mohon sijil halal walau di tengah Covid-19

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH produk yang disahkan halal tahun lalu bertambah 5 peratus, meskipun di tengah-tengah pandemik Covid-19, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal Limited, Cik Dewi Hartaty Suratty.



Malah, jumlah permohonan oleh syarikat luar negara yang ingin mendapatkan pensijilan halal menerusi Warees Halal meningkat seganda sepanjang 10 tahun lalu, kata beliau.



"Kenaikan jumlah permohonan sejak sedekad lalu sebahagian besarnya disebabkan permintaan meningkat bagi makanan halal (didorong jumlah penduduk Islam yang lebih ramai), perkembangan ekonomi di China dan keyakinan pada jenama halal Singapura," kata Cik Dewi.



Sebagai sebuah badan pensijilan halal asing, Warees Halal menyediakan perkhidmatannya apabila terdapat permintaan, terutama di negara minoriti Muslim yang tidak mempunyai badan penyedia pensijilan mencukupi.



Cik Dewi menjelaskan Warees Halal menyediakan khidmat pensijilan berdasarkan piawaian halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memudahkan bekalan makanan halal ke Singapura bagi manfaat masyarakat Islam.



Buat masa ini, pasaran utama Warees Halal ialah China. Selain itu, ia juga beroperasi di Korea Selatan, Jepun, Italy dan Perancis.



Syarikat luar negara yang berjaya mendapatkan pensijilan halal melalui Warees Halal boleh melabelkan produk mereka yang disahkan halal dengan logo Warees Halal dan logo halal Muis.



Selain menyediakan khidmat pensijilan halal di luar Singapura, Warees Halal membantu membina keupayaan industri halal dengan menjalankan latihan, bengkel, seminar dan webinar.



Meskipun khidmat latihan halalnya terjejas oleh pandemik Covid-19, ia melatih hampir 1,500 pemain industri tempatan tahun lalu.



Ia juga menjalankan 15 peratus lebih banyak latihan daripada tahun sebelumnya, walaupun saiz kelas lebih kecil bagi latihan dalam talian yang dijalankan tahun lalu.



Menurut Cik Dewi, pengalaman mengadakan latihan dalam kelas dan dalam talian sebelum ini memudahkan usaha Warees Halal melakukan peralihan penuh ke kelas dalam talian semasa pandemik ini.



Ia juga mendapatkan pembiayaan SkillsFuture bagi kursus dalam talian demi memastikan kursus tersebut boleh dimampui, terutama di tengah-tengah ketidakpastian ekonomi akibat Covid-19.



Cik Dewi berkata peranan Warees Halal telah berubah dengan ia kini lebih tertumpu pada industri halal berbanding perusahaan sebelum ini.



Dahulu, ia memainkan peranan langsung dalam proses pensijilan halal Singapura dengan menjalankan audit dan pemeriksaan bagi pihak Muis.



Dengan industri halal semakin berkembang, Cik Dewi berkata Warees Halal berasa terdapat keperluan mengendalikan dan memastikan sebuah ekosistem halal mampan.



"Dahulu, kami lebih menyokong Muis tetapi sekarang ia lebih kepada menyokong industri dari segi pembangunan keupayaan agar mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mematuhi syarat-syarat halal Muis dan untuk menyertai pasaran halal," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >