Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak ruang berkebun, taman terapeutik di West Coast jelang 2030: NParks

Sep 04, 2021 | 02:07 PM



KAWASAN perindustrian West Coast akan mendapat suntikan kehijauan dan suasana mesra alam menjelang 2030. Usaha ini meliputi 40 kemudahan baru berteraskan alam semesta termasuk tapak perkebunan dan taman terapeutik.



Dua kawasan permainan inklusif bertemakan alam sekitar buat kanak-kanak juga sedang dirancang di taman West Coast dan Telok Blangah manakala kawasan perusahaan di kawasan itu akan juga diserikan dengan 150,000 pepohon yang bertujuan menyejukkan kawasan bandar yang sentiasa berbahang dengan cuaca panas.



Langkah ini juga akan menjadikan alam sekitar lebih selesa buat pekerja.



Semua ini adalah sebahagian rancangan menghijau buat kawasan West Coast yang diumumkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) pada pagi Sabtu (4 September) sewaktu bahagian pertama Taman Pasir Panjang dibuka.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast, melancarkan taman yang menjangkaui 450 meter. Rancangan buat Taman Pasir Panjang mula diumumkan pada Januari tahun lalu.



Kawasan pertama yang bakal dibuka bermula dari stesen MRT Pasir Panjang hingga ke kawasan kejiranan Jalan Pelepah. Keseluruhan taman pula dijangka selesai dibina menjelang 2026.



"Inisiatif ini penting dalam usaha kami mengubah Singapura menjadi Kota Alam Semesta," ujar Encik Lee dalam satu sidang media maya.



"Dengan menambah kehijauan di kawasan kejiranan dan estet perindustrian, kami menetapkan matlamat mengurangkan kesan perubahan iklim dan kawasan perbandaran serta menyediakan warga Singapura dengan sekitaran hidup lebih bermutu tinggi dan lebih akses pada manfaat alam pada kesihatan dan kesejahteraan mereka," jelasnya lagi.



Kesan bahang perbandaran adalah fenomena di mana struktur bandar seperti konkrit memerangkap bahang. Ia menambah impak perubahan iklim, menjadikan kawasan bandar lebih panas daripada kawasan desa.



Di bawah perancangan menghijau kawasan ini, Nparks berkata ia akan juga menanam lebih banyak pokok di kawasan stesen MRT seperti Laluan Jurong Region, yang dijadualkan siap menjelang 2029. Stesen di kawasan itu termasuk Buona Vista, Dover dan Boon Lay juga sudah ditambah unsur kehijauannya, jelas NParks.



Lembaga ini juga merancang bekerjasama dengan kumpulan seperti Persatuan Rakyat bagi mewujudkan 30 ruang bercucuk tanam baru di kawasan kejiranan menjelang 2030. Buat masa ini, terdapat lebih 120 taman masyarakat dan pemetakan di estet perumahan dan kawasan taman sekitar West Coast.



Dua taman terapeutik baru bagi membantu mengurangkan masalah kelelahan dan tekanan mental juga akan dibangunkan di taman-taman Jurong Central dan West Coast. 



Lagi 24 kemudahan jagaan masyarakat seperti buat warga emas telah dikenal pasti sebagai kawasan di mana taman atau ciri terapeutik akan dibangunkan, jelas NParks.



Sebelum ini, NParks bekerjasama dengan Sistem Kesihatan Universiti Nasional bagi dua kajian penyelidikan bagi menyiasat manfaat tanaman hortikultur terhadap kesejahteraan mental dan fungsi kognitif warga emas.



Penyelidikan pertama tertumpu pada warga emas yang sihat menunjukkan terdapat peningkatan dalam status psikologikal, penanda biologikal dan kandungan sel imun peserta.



Penyelidikan kedua yang dijalankan ke atas warga emas daripada pusat jagaan warga emas menunjukkan peserta mengekalkan bentuk tidur yang sihat serta kesihatan psikologi di samping menampakkan kurangnya keresahan dan peningkatan pada fungsi kognitif.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >