Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih banyak ruang rehat bagi pekerja penghantaran

NTUC akan kerjasama dengan syarikat, agensi pemerintah untuk perluas kemudahan
May 28, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan bekerjasama dengan lebih banyak syarikat dan agensi pemerintah untuk memperluas ruang terbuka bagi pekerja penghantaran, kata Pengarah U SME di NTUC, Cik Yeo Wan Ling.



Ruang khas itu boleh digunakan pekerja penghantaran agar mereka dapat berehat dan makan dengan selamat sepanjang fasa kedua kewaspadaan dipertingkat Covid-19 ini.



Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir-Ris-Punggol itu berkata selain syarikat seperti CapitaLand, beliau sedang bekerjasama dengan AP lain bagi membantu menjayakan daya usaha itu, yang diterajui Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA), yang ditubuhkan Disember lalu.



NDCA, dengan atas sokongan NTUC, mewakili dan mengetengahkan kepentingan pekerja bebas dan bekerja sendiri, termasuk dalam bidang penghantaran, dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk menangani isu pekerjaan yang dihadapi mereka, meningkatkan sokongan rangka kerja dan meningkatkan prospek pekerjaan mereka.



"Pekerja penghantaran kita adalah salah satu kumpulan yang saya tahu mempunyai sikap daya tahan, dan mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan Singapura dapat terus bergerak.



"Saya ingin mereka tahu bahawa gerakan buruh kita akan sentiasa menyokong mereka," kata Cik Yeo.



Lebih 50 lokasi di seluruh Singapura telah diperuntuk sebagai kawasan rehat itu, termasuk di kelab masyarakat (CC) dan pusat makanan dalam pusat beli-belah.



Antarannya CC Frontier di Jurong, Woodlands, Toa Payoh East CC dan Braddell Heights CC. Kebanyakan kemudahan di CC itu dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam.



Pekerja penghantaran juga boleh berehat di ruang khusus di NTUC Club Clubhouses dan pusat beli-belah di kawasan kejiranan, seperti Ang Mo Kio Hub dan Jurong Point Shopping Centre.



Di samping itu, Cik Yeo menggesa masyarakat memberi pekerja penghantaran sokongan dan menunjukkan empati terhadap mereka.



Baru-baru ini, Cik Yeo menyeru agar lebih banyak rakan kerja pengurusan kemudahan menyediakan tempoh tempat letak kenderaan percuma lebih panjang kepada mereka kerana masa menunggu kini lebih panjang disebabkan permintaan lebih tinggi.



Beliau berkata NDCA sedang berusaha agar tempoh percuma di tempat letak kenderaan dipanjangkan untuk mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi pekerja penghantaran.



Dalam satu pos di Facebook beliau minggu lalu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, mengumumkan tempoh percuma di tempat letak kenderaan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan dilanjutkan dari 10 kepada 20 minit.



Beliau berkata permintaan bagi khidmat penghantaran makanan meningkat kerana semakin ramai orang tidak keluar rumah bagi membantu mencegah penularan Covid-19.



Ini akan memberi pekerja penghantaran makan lebih banyak masa untuk meletak kenderaan mereka dan membuat penghantaran. Langkah serupa dikuatkuasa dari April hingga Jun tahun lalu sewaktu pemutus litar jangkitan Covid-19.



"Pandemik Covid-19 yang berterusan menjejas ramai orang. Dengan langkah pengurusan selamat dipertingkat, lebih banyak perniagaan terjejas dan adalah penting kita terus menyokong satu sama lain agar dapat muncul lebih kuat (selepas pandemik ini)," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >