Lebih banyak ruang solat Jumaat disediakan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Lebih banyak ruang solat Jumaat disediakan

Muis: 47 masjid adakan tiga sesi solat mulai Jumaat depan, 17 kekal sedia dua sesi; sistem daftar dibaiki permudah jemaah cari ruang tersedia
Jul 11, 2020 | 05:30 AM

SEBANYAK 47 masjid akan mengadakan satu sesi tambahan bagi solat Jumaat mulai minggu depan, menyediakan tiga sesi kesemuanya.

Masjid-masid itu akan akan mengadakan sesi solat Jumaat pada 1 petang, 2 petang dan 3 petang, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.

Muis berkata langkah menambah sesi solat Jumaat itu boleh diambil hasil kerjasama masyarakat sepanjang tiga minggu lalu, sejak solat berjemaah di masjid dibenarkan.

Langkah itu juga sejajar dengan langkah pemerintah mengeluarkan garis pandu menyambung ibadah berjemaah di semua tempat ibadah dalam Fasa Dua (Peralihan Selamat) tempoh pascapandemik Covid-19.

"Sepanjang tiga minggu lalu, Muis mendapati jemaah sama-sama melakukan ibadah dengan penuh bertanggungjawab, dengan mematuhi segala peraturan keselamatan di masjid.

"Masjid-masjid juga dapat menjalankan sistem keselamatan dengan berkesan, dan solat jemaah dan solat Jumaat berjalan dengan teratur," kata Muis.

Sementara itu, 17 masjid akan terus mengadakan dua sesi solat Jumaat.

Menurut Muis, penambahan terbaru ini bermakna peningkatan 35 peratus ruang yang disediakan untuk solat Jumaat.

Muis juga telah membuat pembaikan kepada sistem pendaftaran ruang solat di masjid, berdasarkan pengalaman dalam tiga minggu pertama serta maklum balas daripada pengguna.

Sistem ini kini mempermudahkan jemaah mencari ruang yang masih ada di masjid, dan juga mempunyai pautan untuk memastikan tempahan mereka telah diterima dengan rasmi.

Orang ramai boleh menggunakan sistem yang diperbaiki ini mulai 10 pagi Selasa depan, untuk membuat tempahan bagi solat Jumaat depan.

Sistem tersebut boleh didapati di https://ourmosques.commonspaces.sg dan juga melalui aplikasi MuslimSG.

Bermula semalam, pada setiap hari Jumaat Muis akan membuat pengumuman tentang bilangan ruang solat yang dapat disediakan pada hari Jumaat akan datang.

Pendaftaran untuk ruang solat akan dibuka setiap Selasa sebelum solat Jumaat yang berkenaan.

Sementara itu, masjid akan terus melaksana langkah-langkah keselamatan yang diamalkan selama ini.

"Kejadian di Masjid Al Ansar baru-baru ini, apabila seorang jemaah yang tidak mempunyai petanda penyakit namun kemudian didapati menghidap penyakit Covid-19, merupakan peringatan bahawa bahaya daripada pandemik Covid-19 belum berlalu, dan masyarakat mesti terus berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan agar masjid-masjid kita terus selamat," kata Muis.

Orang ramai yang ingin mendapatkan senarai penuh masjid yang mengadakan tiga dan dua sesi Jumaat boleh mengunjungi laman bit.ly/SGJumaat.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map