Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih banyak sokongan bagi karyawan sumber manusia

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak sokongan akan disediakan kepada karyawan sumber manusia (HR) untuk mereka melengkapi diri dengan kemahiran teras baru sedang pekerjaan mereka melalui transformasi dipacu teknologi dalam lima tahun mendatang.



Antaranya, lencana kemahiran baru dan Masyarakat Amalan oleh Institut Karyawan HR (IHRP) membolehkan karyawan HR meraih kemahiran baru menerusi kursus dalam bidang seperti analitik kakitangan dan teknologi HR.



Ini selain melaksanakan amalan HR terbaik menerusi lawatan pembelajaran dan perkongsian pakar.



Syarikat juga boleh mendapatkan sokongan geran di bawah Geran Meningkatkan Daya Penghasilan (PSG) dan Program SME Start Digital untuk menerapkan penggunaan teknologi HR.



Menyifatkan HR sebagai sebuah industri yang sentiasa berkembang, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng berkata pengurusan sumber manusia - sumber paling berharga di negara ini - adalah amat penting dalam semua industri.



"Sebuah struktur HR yang dikendalikan dengan baik, yang mengamalkan sistem pengrekrutan, pengenalan kakitangan baru, kemajuan kerjaya dan pementoran yang adil dan meritokratik, akan membuat lebih banyak syarikat memastikan kemampanan usaha mereka dan kelebihan daya saing mereka akan terus memajukan syarikat.



"Dalam waktu pandemik ini, sebuah sistem HR yang berpengetahuan, tangkas, dan proaktif dalam syarikat dan diterajui pengurus yang memandang ke hadapan dari segi memastikan tenaga kerja dilindungi menjadi lebih penting," kata beliau.



Dr Tan berkata demikian kepada media melalui Zoom semasa berkongsi Laporan Situasi Pekerjaan Ke-26, yang memberi tumpuan pada transformasi pekerjaan HR di Singapura, di akhir lawatannya ke restoran Tanjong Beach Club semalam.



Dalam usaha menyokong perjalanan transformasi sektor HR, pemerintah telah melancarkan Peta Transformasi Pekerjaan (JTM) HR pada Disember lalu yang mengenal pasti pendorong teknologi utama dan menganalisa kesan teknologi terhadap pekerjaan dalam lima tahun mendatang.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataannya berkata khusus bagi sektor HR, peranan baru seperti pakar strategi kakitangan dan ketua pemerkasaan bakat akan diwujudkan supaya dapat mereka dan menyediakan huraian bakat transformatif dan menyeluruh yang lebih baik.



Namun pada masa yang sama, beberapa pekerjaan sedia ada akan perlu diubah dan diperluaskan untuk memberikan nilai lebih tinggi.



Seorang pentadbir senarai gaji HR, misalnya, akan perlu mengendalikan proses HR automatik dan melakukan analisis senarai gaji.



Dr Tan berkata menerusi JTM HR itu, karyawan HR boleh mendapatkan pandangan tentang bagaimana pekerjaan mereka akan berubah dan menjadi lebih bermakna.



"Ia juga membantu mereka mengenal pasti kemahiran yang mereka akan perlukan agar mereka boleh beralih ke peranan baru atau diubah.



"Demi melengkapi JTM HR, pemerintah dan rakan kami akan terus melancarkan program dan geran untuk membantu syarikat menggunakan teknologi baru, mereka semula pekerjaan dan mengadakan kursus untuk membantu karyawan HR memperoleh kemahiran baru," kata beliau.



Sementara itu, Dr Tan turut berkongsi maklumat terkini tentang Program Kerjasama Modal Insan, dengan sekitar 600 majikan yang menggajikan lebih 250,000 pekerja kini diiktiraf sebagai Rakan Modal Insan.



Program itu mengiktiraf majikan contoh yang mempunyai amalan pekerjaan progresif dalam syarikat mereka dan komited membangunkan modal insan.




"Sebuah struktur HR yang dikendalikan dengan baik, yang mengamalkan sistem pengrekrutan, pengenalan kakitangan baru, kemajuan kerjaya dan pementoran yang adil dan meritokratik, akan membuat lebih banyak syarikat memastikan kemampanan usaha mereka dan kelebihan daya saing mereka akan terus memajukan syarikat. Dalam waktu pandemik ini, sebuah sistem HR yang berpengetahuan, tangkas, dan proaktif dalam syarikat dan diterajui pengurus yang memandang ke hadapan dari segi memastikan tenaga kerja dilindungi menjadi lebih penting."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >