Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTUAN TANGANI INFLASI: PEKERJA GAJI RENDAH

Lebih banyak sokongan bagi pekerja gaji rendah, pencari kerja

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



BAGI membantu dan menyediakan sokongan lanjut kepada pekerja bergaji rendah di sini, pemerintah akan menaikkan kadar pembiayaan bersama kenaikan gaji pekerja bergaji rendah di bawah Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS).



Pemerintah akan membantu membiayai bersama kenaikan gaji pekerja gaji rendah pada 2022 kepada 75 peratus, naik daripada 50 peratus yang diperuntukkan sebelum ini, untuk pekerja setempat yang meraih pendapatan hingga $2,500 sebulan.



Bagi mereka yang meraih pendapatan melebihi $2,500 dan sehingga $3,000, pembiayaan bersama akan dinaikkan daripada 30 peratus kepada 45 peratus.



Syarat-syarat lain di bawah skim tersebut, yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini, bagaimanapun tidak akan diubah, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataannya.



Ini merupakan sebahagian daripada pakej sokongan tambahan bernilai $1.5 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semalam.



Encik Wong berkata pemerintah akan terus memberi sokongan kepada pekerja gaji rendah dan yang terdedah sepanjang tempoh yang sukar ini.



Antara usaha yang akan dilaksanakan adalah untuk memastikan majikan terus mengambil dan membayar pekerja bergaji rendah dengan gaji yang lebih tinggi dan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada model gaji progresif (PWM).



"Dan untuk meneruskan usaha ini, saya akan meningkatkan skim kredit gaji progresif tahun ini supaya pemerintah mengambil bahagian yang lebih besar daripada kenaikan gaji dan peningkatan ini juga akan membantu mengurangkan beban kos majikan," kata Encik Wong.



Di bawah PWCS, pemerintah akan membantu membiayai bersama kenaikan gaji pekerja bergaji rendah antara 2022 dengan 2026 sedang Model Gaji Progresif (PWM) diluaskan kepada lebih banyak sektor dan pekerjaan antaranya termasuk sektor runcit, pekerja pembersihan dalam syarikat, sektor khidmat makanan, dan pekerja pentadbiran serta pemandu.



Selain dari meningkatkan kadar pembiayaan bersama kenaikan gaji pekerja bergaji rendah pada tahun ini, Encik Wong turut mengumumkan bahawa pemerintah bakal melanjutkan sokongan Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) selama enam bulan lagi sehingga Mac 2023.



Insentif ini menyediakan sokongan kepada majikan untuk menggajikan pencari kerja lebih matang yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan, serta golongan kurang upaya dan bekas pesalah.



Fasa semasa JGI akan berakhir pada September ini.



MOM berkata ia akan mengongsi lebih banyak butiran mengenai pelanjutan ini sebelum tarikh tamat tempoh skim tersebut.



Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, pula berkata langkah-langkah ini akan mengurangkan kesan kos yang dibiayai majikan apabila mereka mengambil dan membayar pekerja bergaji rendah dengan gaji yang lebih tinggi.



"Itulah hasil yang ingin kita lihat - untuk mempertingkatkan pekerja bergaji rendah kita.



"Kami juga ingin membantu perniagaan untuk menampung beberapa kenaikan kos buruh, sambil meneruskan usaha tiga pihak kami untuk meningkatkan produktiviti buruh dan peningkatan kemahiran," ujar beliau.




Kami akan terus memberi sokongan bagi pekerja bergaji rendah dan pekerja rentan sewaktu tempoh yang sukar ini. Salah satu cara ialah memastikan majikan terus menggajikan dan membayar gaji lebih tinggi bagi pekerja bergaji rendah, dan gaji yang lebih baik di bawah Model Gaji Progresif. Dan untuk tingkatkan usaha ini, saya akan mempertingkatkan Skim Kredit Gaji Progresif tahun ini supaya pemerintah membiayai bahagian lebih besar kenaikan gaji dan peningkatan ini akan membantu mengurangkan beban kos majikan.”
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




BANTUAN BAGI PEKERJA



Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS)



Kenaikan dalam pembiayaan bersama pemerintah bagi menampung kenaikan gaji pekerja berpendapatan rendah yang layak pada 2022:



  • Dari 50 peratus naik 75 peratus bagi pekerja setempat yang meraih pendapatan hingga $2,500 sebulan.

  • Dari 30 peratus naik 45 peratus bagi mereka yang meraih pendapatan melebihi $2,500 dan sehingga $3,000 sebulan.

Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI)



JGI akan dilanjutkan selama enam bulan lagi hingga Mac 2023 untuk mengekalkan sokongan kepada majikan pekerja yang terdedah. Butiran lanjut akan diumumkan pada Sep 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >