Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan bagi pelajar memerlukan di sekolah bebas, tingkatkan kepelbagaian

Dec 27, 2018 | 05:37 PM



 



 PELAJAR daripada keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan yang memasuki sekolah bebas akan menerima lebih banyak sokongan kewangan bermula April depan, dalam langkah yang bertujuan meningkatkan kerencaman di sekolah-sekolah popular itu.



Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada hari Khamis (27 Dis) mengumumkan subsidi dipertingkat bagi Dermasiswa Sekolah Bebas (ISB) dan Biasiswa Edusave bagi Sekolah Bebas (ESIS), serta satu lagi biasiswa baru.



“Menerusi bantuan kewangan tambahan, semua pelajar, tidak kira pendapatan atau latar belakang keluarga, boleh dan seharusnya bercita-cita memasuki sekolah pilihan mereka, dan tidak perlu bimbang tentang kos pendidikan.



“Ini adalah langkah ketara yang kami ambil untuk meningkatkan kerencaman di sekolah bebas, sambil mengekalkan budaya mereka yang mengiktiraf pencapaian,” ujar Encik Ong.



Beliau berkata demikian semasa berucap di upacara pelantikan dan penghargaan untuk pengetua sekolah di Hotel Shangri-La.



Skim ISB Kementerian Pendidikan (MOE) adalah untuk lapan sekolah bebas – Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), Institusi Hwa Chong, Sekolah Perempuan Methodist, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Sekolah Perempuan Raffles, Institusi Raffles, Sekolah Perempuan Cina Singapura, Institusi St Joseph – serta dua sekolah khusus – Sekolah Tinggi NUS dan Sekolah Sains dan Teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >