Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan untuk kumpulan berpendapatan rendah, sederhana: DPM Wong

Sep 28, 2023 | 07:27 PM



Keluarga berpendapatan sederhana dengan dua anak kecil yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik dan mempunyai pendapatan isi rumah bulanan sekitar $8,000 boleh menerima sokongan berjumlah sekitar $3,800.

Sokongan itu, yang termasuk bayaran tunai khas sebanyak $1,400 dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $500, adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan (AP) yang dihulurkan dari April 2023 hingga Mac 2024.

Ia adalah sebahagian Pakej Bantuan Kos Sara Hidup yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam sidang media pada Khamis di Pusat Akhbar Nasional di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Hill Street.

Pakej sokongan tersebut diumumkan untuk membantu rakyat Singapura yang menghadapi masalah inflasi dan kos sara hidup lebih tinggi, seperti kenaikan harga air yang diumumkan agensi air negara, PUB, baru-baru ini.

Ia bukan sahaja dapat membantu keluarga berpendapatan sederhana, malah golongan lain seperti pasangan warga emas yang sudah bersara dan keluarga tiga generasi.

Sebagai contoh, sepasang warga emas yang sudah bersara dan tinggal di flat HDB tiga bilik dianggar menerima sokongan berjumlah sekitar $7,200.

Ini termasuk wang tunai daripada AP dan Baucar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GSTV) bernilai $3,800 dan Bonus Warga Emas bernilai $1,200.

Di samping itu, sebuah keluarga tiga generasi yang tinggal di flat HDB lima bilik dan mempunyai pendapatan isi rumah bulanan sekitar $12,600 dijangka menerima sokongan berjumlah sekitar $9,400.

Ini termasuk wang tunai daripada AP dan GSTV bernilai $5,200 dan Tokokan MediSave bernilai $1,100.

Encik Wong berkata: “Saya tahu ramai rakyat Singapura bimbang tentang prospek ekonomi keseluruhan, kenaikan harga, dan kesan ke atas kos sara hidup mereka.

“Pemerintah komited menyokong rakyat Singapura melalui masa yang tidak menentu ini, dan seperti yang dikatakan Perdana Menteri pada Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah mengkaji bagaimana kami boleh melakukan lebih banyak lagi, untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada rakyat Singapura.

“Jadi hari ini, saya mengumumkan Pakej Bantuan Kos Sara Hidup bernilai $1.1 bilion untuk memberikan kelegaan kepada isi rumah rakyat Singapura.”

Pakej itu, tambah Encik Wong, menyediakan bantuan untuk semua isi rumah Singapura, dengan lebih banyak sokongan untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, dan ia berdasarkan langkah-langkah yang diumumkan pada Belanjawan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >