Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak tarikh dan waktu lawatan masjid oleh pesakit Covid-19 dikenal pasti: Muis

Mar 19, 2020 | 09:58 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH), dalam proses menjejaki orang berhubung dekat pesakit Covid-19 di sini, telah mengenal pasti lebih banyak tarikh dan waktu lawatan ke masjid oleh individu berkenaan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), malam Khamis (19 Mac).



Dalam satu pos yang dimuat naik di laman Facebook, Muis memberi maklumat terkini mengenai senarai tarikh dan waktu lawatan yang dibuat oleh mereka yang diuji positif itu.



Dua tarikh dan waktu lawatan masjid yang baru dikenal pasti MOH adalah:



- Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio, 1 hingga 12 Mac  2020, 7 malam hingga 7.30 malam dan 8.30 malam hingga 9 malam



- Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau di Balestier, 10 Mac 2020, 7 malam to 9.30 malam



Sebelum ini, Muis juga telah mengesahkan tarikh dan waktu lawatan bagi lapan masjid yang dikunjungi pesakit Covid-19.



Masjid tersebut adalah Masjid Al-Iman di Bukit Panjang, Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road, Masjid Kassim di Kembangan, Masjid Penempatan Melayu Sembawang, Masjid Sultan di Muscat Road, Masjid Al-Mawaddah di Sengkang, Masjid Jamae (Chulia) di Chinatown dan Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >