Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak tempat letak basikal akan disedia di stesen MRT sedia ada, baru

May 09, 2016 | 02:58 PM



STESEN MRT baru di Singapura akan mempunyai kira-kira tiga kali lebih banyak jumlah tempat letak basikal, Parlimen diberitahu pada Isnin (9 Mei).



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Josephine Teo, berkata sekurang-kurangnya 100 hingga 300 tempat letak basikal akan disediakan di stesen MRT baru, berbanding 40 hingga 100 di stesen-stesen lama.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Ang Hin Kee (GRC Ang Mo Kio), yang bertanya apakah ruang sedang diketepikan di stesen MRT dan tempat masyarakat bagi penunggang basikal dan pengguna peranti mobiliti peribadi (PMD).



Dua laluan utama MRT - Downtown (DTL) dan Thomson-East Coast (TEL) - sedang dalam pembinaan.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menambah bilangan tempat letak basikal di stesen sedia ada secara berperingkat, bermula dengan stesen yang kekurangan kemudahan itu dengan banyak.



LTA juga akan mendapatkan kuasa untuk mewajibkan tempat letak basikal bagi pembangunan kediaman privet, komersial dan masyarakat.



Perkembangan terbaru ini susulan daripada pengumuman minggu lalu bahawa pemaju perlu mengemukakan Pelan Jalan Kaki dan Basikal bagi bangunan mereka mulai Julai.



Pelan itu akan memerlukan pemaju mereka bentuk kemudahan bagi pejalan kaki dan penunggang basikal di bangunan mereka sejak permulaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >