Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Lebih banyak tempat mengecas dekat kediaman dibina, galak guna kenderaan elektrik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan 2022: MAJUKAN PERALIHAN NEGARA HIJAU

Lebih banyak tempat mengecas dekat kediaman dibina, galak guna kenderaan elektrik

Feb 19, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA sedang merancang untuk meniadakan kenderaan yang dikuasai enjin pembakaran secara berperingkat menjelang 2040, sebagai sebahagian daripada Rancangan Hijau Singapura.

Untuk menjadikan pengangkutan di sini lebih mesra alam, Singapura akan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan memperkenalkan lebih banyak rangkaian pengecasan lebih dekat dengan kawasan kediaman.

Demikian menurut Kementerian Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang menegaskan bahawa Singapura perlu "bertindak tegas" ke arah masa depan dunia yang bersih-sifar.

"Ini akan membolehkan kami memanfaatkan sepenuhnya banyak kemungkinan menarik dalam peralihan hijau ini," tambahnya.

Sejak pengumuman rancangan untuk meniadakan kenderaan enjin pembakaran dalaman secara berperingkat menjelang 2040 semasa Belanjawan 2020 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Encik Heng Swee Keat, pemerintah telah menyediakan "insentif yang besar" untuk penggunaan EV, kata Encik Wong.

Dalam tempoh setahun, penjualan EV di bawah jumlah pendaftaran kereta baru telah melonjak daripada hanya 0.2 peratus pada 2020 kepada sekitar 4 peratus tahun lalu.

Agar dapat terus mengekalkan momentum ini, Encik Wong mengumumkan bahawa lebih banyak rangkaian pengecasan EV akan dibina lebih dekat dengan tempat tinggal orang ramai.

"Untuk melakukan ini, peningkatan infrastruktur akan diperlukan, dan pembiayaan boleh dibiayai daripada bon hijau," katanya.

Encik Wong semalam turut mengumumkan sebanyak $35 juta bon hijau yang akan dikeluarkan menjelang 2030 untuk membiayai projek infrastruktur hijau sektor awam.

Ini termasuk bon yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah serta lembaga berkanun.

Dalam pada itu, pemerintah juga akan menerbitkan Rangka Kerja Bon Hijau Singapura dan mengeluarkan bon hijau sulungnya pada akhir tahun ini, menurut Encik Wong lagi

Encik Wong berkata: "Pembiayaan hijau hanyalah satu daripada banyak bidang baru pertumbuhan hijau yang menarik. Terdapat banyak lagi peluang seperti itu merentasi setiap sektor ekonomi.

"Kami menyasarkan untuk meletakkan Singapura ke barisan hadapan dalam teknologi hijau - di mana inovasi baru dibangunkan, diuji, dipertingkatkan dan akhirnya dieksport ke seluruh dunia.

"Kami akan terus berusaha untuk meraih kelebihan penggerak pertama dan membangunkan enjin pertumbuhan baru dalam ekonomi hijau."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3