Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak ujian, langkah keselamatan di Lapangan Terbang Changi susuli tambahan kes dalam kelompok

May 15, 2021 | 05:52 PM



LAPANGAN Terbang Changi mengambil pendekatan berbilang lapisan dalam mengurus risiko pandemik Covid-19 terhadap kesihatan awam.



Langkah ini diperkenalkan ketika Lapangan Terbang Changi kini adalah kelompok jangkitan Covid-19 terbesar di Singapura dengan sejumlah 59 kes dilaporkan sehingga Jumaat (14 Mei).



Dalam kenyataannya pada Sabtu (15 Mei), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menjelaskan ia akan mengasingkan penumpang daripada negara atau rantau berisiko tinggi di pangkalan berbeza berbanding penumpang negara atau rantau berisiko rendah.



Justeru, penumpang ini akan tiba daripada dewan ketibaan imigresen berbeza, mempunyai jaluran bagasi berasingan dan menggunakan tandas berlainan.



Penumpang dari negara berisiko tinggi juga akan diiringi dengan ujian Covid-19 dilakukan di stesen pemeriksaan kesihatan berbeza.



Ini, jelas CAAS, akan mengurangkan interaksi antara penumpang dengan kakitangan lapangan terbang.



Dengan 90 peratus pekerja penerbangan barisan hadapan sudah menjalani vaksinasi, usaha mempertingkat operasi vaksinasi bagi baki 10 peratus pekerja barisan hadapan serta pekerja penerbangan penting akan juga dilaksanakan.



Pekerja lapangan terbang akan lebih dilindungi dengan aturan kerja berkohort di mana kumpulan pekerja berbeza akan mempunyai ruang rehat berlainan.



Makanan bagi mereka yang bertugas di kawasan berisiko tinggi juga akan dikirimkan.



Bagi mengurus penularan wabak ini, satu operasi ujian khas bagi mengesan dengan segera, mengasingkan dan merawat sebarang kes yang berpotensi disahkan sebagai Covid-19 dalam kalangan masyarakat di lapangan terbang telah dijalankan sejak 9 Mei lalu.



Hampir 10,000 pekerja lapangan terbang telah diuji dengan kebanyakannya didapati negatif Covid-19.



Justeru sebagai langkah lanjutan, 8,000 pekerja pejabat di bangunan terminal penumpang Lapangan Terbang Changi akan juga menjalani ujian Covid-19 dalam masa beberapa hari ini.



Selanjutnya, semua pekerja lapangan terbang dalam tugasan berisiko tinggi akan diletakkan dalam putaran Ujian Rutin Dijadualkan selama tujuh hari tanpa mengira status vaksinasi mereka. Ini adalah peningkatan daripada putaran 14 hari kini.



Menyusuli pembersihan kawasan besmen 2 di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi dan pusat beli-belah Jewel, operasi pembersihan dan penyahjangkitan akan diperluaskan ke ruang transit khususnya yang disyaki menjadi ruang jangkitan pekerja lapangan terbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >