Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak ujian, pengawasan dilakukan kekang Covid-19: Ye Kung

May 25, 2021 | 05:30 AM



SOAL JAWAB BERSAMA MENTERI KESIHATAN ONG YE KUNG MENGETENGAHKAN SOALAN YANG PALING BIASA DITANYA ORANG RAMAI TENTANG COVID-19 DI SINGAPURA.



SOALAN: Saya dengar ramai di antara mereka yang diberi vaksin dijangkiti justeru tiada makna untuk mendapatkan vaksin. Adakah ia benar?



JAWAPAN: Tidak.



Bagi penularan yang sedang berlaku ini, terdapat 78 individu yang sudah diberi vaksin dijangkiti. Ramai merupakan pekerja barisan depan.



Ini dibandingkan dengan kira-kira 300 jangkitan bagi mereka yang tidak diberi vaksin. Kajian antarabangsa terus menunjukkan bahawa pemvaksinan amat berkesan dalam mencegah jangkitan, serta penyakit teruk.



SOALAN: Saya dengar varian B.1.617 yang baru boleh disebarkan menerusi udara dan amat mudah menular. Adakah ia benar?



JAWAPAN: Covid-19 memang sudah selalu tular apabila seseorang batuk, bersin, berbual atau menyanyi, menerusi titisan dan aerosol di udara.



Sama juga buat varian B.1.617.



Risiko penularan disebabkan pelbagai faktor. Aliran udara yang terhad dan pengalihan udara yang tidak baik memburukkan lagi penularan.



Kebanyakan besar jangkitan berlaku di tempat tertutup dengan interaksi rapat tanpa pelitup.



Justeru kami menutup restoran dan pengumpulan beramai-ramai.



Disebabkan itu jugalah mengapa sebahagian besar jangkitan kini sebenarnya datang dari rumah. Untuk melindungi ahli keluarga anda, jumpa seorang doktor segera jika tidak sihat.



SOALAN: Saya dengar keadaan sedang menjadi amat buruk. Adakah ia benar?



JAWAPAN: Tidak sangat, kami sedang berada di sekitar angka yang sama sejak 16 Mei. Tetapi seperti yang saya telah katakan sebelum ini di sidang media pada 16 Mei, kami sedang memantau keadaan dengan rapat untuk lihat jika trend sedang naik, turun atau kekal rata.



SOALAN: Tetapi kita sedang melakukan banyak operasi khas, ke blok HDB untuk menguji orang ramai. Itu tentunya teruk?



JAWAPAN: Tidak. Ujian adalah cara amat berkesan untuk mencegah penularan lanjut. Anda patut rasa lebih selamat apabila anda mendengar tentang operasi ujian ini. Ia membantu kita mengesan dan mengasingkan orang awal, termasuk mereka yang asimptomatik, atau menunjukkan simptom ringan yang sebaliknya boleh terlepas daripada pandangan.



Kami akan melakukan lebih banyak ujian dan pengawasan sedang kita bergerak ke depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >