Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak undangan suntikan 'booster' dikirim kepada warga emas

Sep 21, 2021 | 05:22 PM



SEBANYAK 140,000 pesanan SMS telah dikirimkan kepada kumpulan pertama warga emas yang dijadualkan mengambil suntikan penggalak atau 'booster' Covid-19 dengan lebih banyak undangan dijangka akan dikirimkan secara mingguan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



MOH juga menjelaskan warga emas ini yang berusia 60 tahun ke atas boleh mendapatkan suntikan penggalak mereka di sebarang pusat vaksinasi, poliklinik atau Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang terlibat.



Tempahan sebelum berkunjung harus tetap dibuat, ujar MOH. Difahamkan warga emas boleh berkunjung langsung bagi mendapatkan suntikan vaksin ini.



Singapura melancarkan program suntikan vaksin Covid-19 penggalak pada Rabu (15 September). Warga emas yang telah mendapatkan suntikan lengkap sekitar Mac tahun ini adalah yang pertama mendapatkan suntikan ketiga pula.



Mereka diperlukan membuat janji temu menerusi pautan peribadi dalam SMS yang dikirimkan kepada nombor telefon bimbit berdaftar mereka bagi dua suntikan pertama.



Seorang jurucakap MOH, dalam memberi jaminan kepada orang awam, berkata: "Tampungan tapak vaksinasi kami lebih daripada mencukupi bagi menangani jumlah warga emas yang datang."



MOH bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan Pejabat Generasi Perak bagi menggalak warga emas mendapatkan suntikan penggalak menerusi panggilan telefon atau kunjungan ke rumah.



Warga emas juga boleh berkunjung ke kelab masyarakat atau balai rakyat PA di serata pulau bagi mendapatkan bantuan dalam membuat tempahan bagi janji temu mereka dalam talian.



Mereka yang luluh imun juga telah menerima dos suntikan ketiga mereka di hospital dan klinik pakar luar sejak Rabu lalu, tambah MOH.



Kumpulan ini juga telah dinasihati agar mendapatkan suntikan ketiga vaksinasi mRNA yang sama dua bulan selepas suntikan kedua mereka bagi memastikan mereka bermula dengan mendapat respons imun perlindungan daripada virus secukupnya.



Vaksin mRNA ini termasuk Moderna dan Pfizer-BioNTech.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >