Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih bersedia untuk pembelajaran di rumah

May 19, 2021 | 05:30 AM



SETAHUN selepas sekolah-sekolah di sini ditutup semasa tempoh pemutus litar tahun lalu, Cik Hafizah Hassan berkata beliau kini lebih bersedia mengharungi cabaran Pembelajaran Di Rumah (HBL) bersama anak-anaknya.



Tiga daripada anaknya berada di sekolah rendah sementara anaknya yang bongsu berusia tiga tahun.



Selain cabaran menguruskan pembelajaran anak-anaknya itu, Cik Hafizah juga masih meneruskan kerja syif di sebuah hospital.



Mulai hari ini, semua pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab rendah, Institut Millenia dan sekolah pendidikan khas memulakan HBL hingga 28 Mei, sebahagian langkah pengurusan selamat yang diperketat bagi mengekang penularan virus Covid-19 dalam masyarakat.



Namun, Cik Hafizah berkata pengalaman yang dilalui dari HBL tahun lalu telah mempersiapkan dirinya.



Menurutnya beliau dan suaminya, Encik Herdi Man Sa'adon, 44 tahun, seorang usahawan bidang media, telah menyiapkan peralatan yang diperlukan serta menyediakan jadual pembelajaran bagi anak-anak mereka.



Ini termasuk menyediakan tempat khas untuk mengulang kaji dan komputer riba serta menetapkan masa mengikuti kelas di dalam talian, menghabiskan kerja rumah dan untuk berehat.



Dua orang tua Cik Hafizah, serta seorang pembantu rumah yang tinggal di flat empat bilik keluarga itu juga membantu menjaga anak dan memastikan mereka mengikuti jadual yang ditentukan, apabila beliau dan suaminya keluar bekerja.



Berkongsi tentang pengalaman beliau dan suami menguruskan keluarga sewaktu langkah HBL ditetapkan tahun lalu, Cik Hafizah berkata anak-anaknya telah melalui HBL terlebih dahulu selepas keluarga mereka dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selepas bercuti di Langkawi pada Mac tahun lalu.



"Sejurus tempoh SHN kami selesai, CB (tempoh pemutus litar) pula dikuatkuasakan pada April. Saya pula perlu kembali bekerja. Mujurlah pada tahap itu, anak-anak saya sudah lebih bijak melakukan HBL."



Namun beliau akur menguruskan tiga kanak-kanak mengikuti pelajaran di dalam talian adalah mencabar.



"Kadangkala mereka bangun lewat. Si kecil pula asyik mengusik abang dan kakaknya dan mengajak mereka bermain-main sehingga mereka pun terpengaruh dan tinggalkan HBL mereka," kata Cik Hafizah.



"Selain itu anak-anak saya turut menghadapi tekanan bagi subjek yang lebih sukar kerana tidak menerima bimbingan lebih teliti sebagaimana yang boleh diterima di dalam kelas," kata Cik Hafizah, yang berkata beliau dan suaminya terpaksa turut belajar subjek yang diajarkan supaya dapat membimbing anak-anak dengan lebih baik.



Jadual kegiatan yang disiapkan bagi anak mereka juga amat membantu, kata Cik Hafizah.



Jelas Cik Hafizah, pada hari di mana anak-anaknya perlu menduduki HBL, mereka akan mulakan hari itu dengan membangkit daripada tidur pada 7 pagi untuk bersarapan dan membuat persiapan lain.



"Pada 8 pagi pula, mereka perlu berada di tempat belajar masing-masing dan log masuk ke sistem pembelajaran yang diperuntuk bagi HBL.



"Kemudian mereka harus menyelesaikan semua kerja sekolah sebelum waktu makan tengah hari dan hanya selepas itu, saya akan mengizinkan mereka berehat," kata Cik Hafizah.



"Kini, apabila saya bertanya dengan mereka, jika mereka sudah bersedia atau tidak untuk kelas, mereka akan berkata mereka sangat sedia," ujarnya lagi.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >