Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BELANDA

Lebih fahami perasaan pendatang asing

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



APABILA pandemik Covid-19 mula melanda Belanda tahun lalu, warga Singapura yang menetap di sana, Cik Fauziah Hanim Ahmad, mendengar tentang kejadian perkauman yang berlaku di kawasan kediamannya di bandar Hague.



Oleh kerana Covid-19 dipercayai berasal dari China waktu itu, seorang warga China ditendang dan diherdik warga setempat agar "pulang ke China".



Khuatir, Cik Fauziah, 51 tahun, yang kerap ke kawasan pusat bandar itu untuk membeli barang dapur, memutuskan untuk tidak ke sana dan sebaliknya ke pasar raya berdekatan rumahnya selama sebulan.



"Saya tertanya-tanya diri saya, adakah sasaran mereka warga yang mempunyai ciri-ciri wajah orang Cina atau adakah sasaran mereka orang Asia?



"Saya rasa tekanannya... saya risau kerana mereka tahu saya bukan orang Eropah, jadi bagaimana tindakan mereka apabila melihat saya nanti?" ujarnya yang menetap di Belanda sejak dua tahun lalu apabila mendirikan rumah tangga bersama seorang warga Belanda.



Malah, apabila beliau memakai pelitup awal tahun lalu walaupun ia belum diwajibkan di negara tersebut, ramai yang akan menenungnya kerana mereka berfikiran beliau tidak sihat.



Tetapi oleh kerana jiwa Cik Fauziah masih lagi sebagai warga Singapura, beliau tetap mengikut langkah-langkah yang diamalkan di Singapura walaupun berada di negara lain demi kesejahteraan dan kesihatan diri sendiri.



Setahun sudah berlalu. Cik Fauziah berkata isu perkauman dan xenofobia telah berkurang.



"Perspektifnya sudah berubah. Orang ramai mula menyedari pandemik ini adalah masalah semua orang sekarang," tambah suri rumah itu yang turut mengakui bahawa tahap isu perkauman berbeza-beza di kawasan yang berlainan.



Menurutnya, Covid-19 telah mengubah golongan yang menjadi sasaran bagi isu perkauman.



Jika sebelum Covid-19 ia lebih kepada orang Islam disebabkan kejadian ISIS dan pengganasan yang berlaku di dunia, Covid-19 mengalih 'sasaran' itu kepada warga Cina.



Bagaimanapun, Cik Fauziah akur bahawa sebelum Covid-19 juga, warga setempatan di bandar Hague tidak begitu ramah dengan pendatang asing sepertinya.



"Jiran saya di tingkat atas dan bawah ialah orang Belanda. Mereka tidak ramah kerana mereka tahu anda warga asing, tetapi pada masa yang sama mereka tidak biadab.



"Jika anda mengucapkan selamat pagi kepada mereka, mereka akan menjawab tetapi kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk bersikap ramah," tambahnya.



Kini, Cik Fauziah sudah berpindah ke Druten, kawasan perkampungan yang tidak sesibuk bandar Hague yang dulu didiaminya.



Menurut beliau, orang-orang kampung Druten lebih suka keamanan.



Sebagai pendatang asing minoriti di Belanda, Cik Fauziah berkata pengalamannya menetap di luar negara mengajarnya untuk lebih memahami perasaan pendatang asing di Singapura.



"Kita sebagai warga Singapura kadangkala menjadi khuatir apabila kita melihat terlalu ramai pendatang asing... khuatir jika mereka mengambil pekerjaan kita dan sebagainya. Kini, saya berada di tempat mereka pula!" ujarnya.



Harapannya adalah agar pandemik ini mengajar orang ramai untuk bertimbang rasa antara satu sama lain.



Tambahnya: "Saya harap pandemik ini mengajar kita bagaimana untuk berlaku baik kepada orang tidak kira warna kulit, warna mata dan sebagainya, dan pada masa yang sama menjaga alam sekitar kita dan mengamalkan kebersihan."




"Saya tertanya-tanya diri saya, adakah sasaran mereka (dalam kejadian perkauman) warga yang mempunyai ciri-ciri wajah orang Cina atau adakah sasaran mereka orang Asia?

Saya rasa tekanannya... saya risau kerana mereka tahu saya bukan orang Eropah, jadi bagaimana tindakan mereka apabila melihat saya nanti?

Jiran saya di tingkat atas dan bawah ialah orang Belanda. Mereka tidak ramah kerana mereka tahu anda warga asing, tetapi pada masa yang sama mereka tidak biadab.

Jika anda mengucapkan selamat pagi kepada mereka, mereka akan menjawab tetapi kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk bersikap ramah."

- Cik Fauziah Hanim Ahmad, yang menetap di Belanda sejak dua tahun lalu setelah mendirikan rumah tangga dengan warga Belanda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >