MENJELANG BELANJAWAN 2017

Lebih fleksibel hulur bantuan dalam ekonomi tak menentu

Sokongan untuk keluarga, selain pertumbuhan ekonomi, dijangka diberi keutamaan dalam Belanjawan tahun ini, yang akan dibentangkan esok. Berita Harian mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenai cabaran yang dihadapi keluarga hari ini dan apa sokongan yang diperlukan. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).

PEMERINTAH bersedia bersikap lebih fleksibel apabila menghulurkan bantuan kewangan daripada Dana Endowmen Penjagaan Masyarakat (ComCare) dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Ini termasuk melanjutkan bantuan kewangan ComCare kepada individu daripada keluarga berpendapatan rendah yang hilang pekerjaan, dan mendapati sukar mencari pekerjaan lain.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan