Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih keutamaan bagi penumpang bas mulai 21 Mac

Mar 08, 2016 | 12:30 PM



WAKTU operasi lorong bas sepenuh hari - yang ditandakan dengan warna merah - akan dilanjutkan hingga 11 malam mulai 21 Mac, daripada 8 malam sekarang.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada Selasa (8 Mac) terdapat 23 km lorong bas sepenuh hari yang beroperasi dari 7.30 pagi hingga 8 malam pada hari kerja dan Sabtu.



Ia terletak terutamanya di pusat bandar.



Secara berasingan, dua perhentian bas di Orchard Road akan dimasukkan ke dalam skim Wajib Beri Laluan Kepada Bas mulai 21 Mac.



Dua perhentian bas itu adalah set pertama perhentian bas tanpa ruang bas di bandar yang akan mempunyai skim keutamaan itu.



Di bawah skim tersebut, pemilik kenderaan lain perlu memberi laluan kepada bas yang hendak keluar atau bergerak dari perhentian bas.



Satu daripada perhentian bas itu terletak bertentangan dengan Mandarin Orchard (perhentian bas nombor 09037), dan satu lagi di Midpoint Orchard (09038).



LTA akan menentukan manfaat skim itu di perhentian bas tanpa ruang bas dalam tempoh enam bulan selepas pelaksanaannyadan apalah ia harus dilaksana bagi perhentian bas serupa di tempat lain.



Sejak 2008, skim tersebut telah dilaksana di 332 perhentian bas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >