INDEKS Harga Penjualan Semula (RPI) flat HDB akan disemak bagi mencerminkan keadaan pasaran yang telah berubah, ujar Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, semalam.
HDB telah bekerjasama dengan seorang perunding cara daripada Jabatan Hartanah Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi menyemak kaedah mengira RPI.