Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih manfaat bersemuka dengan pekerja di tempat kerja

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



MENGADAKAN sesi untuk bergaul dan bersemuka dengan rakan sekerja dengan rapat tanpa jarak selamat memang amat bermanfaat bagi Eksekutif Klien, Encik Jafri Jaafat supaya dapat fokus dan memajukan tugas.



Kebanyakan pekerja yang ditinjau Berita Harian (BH) semalam turut bersependapat, namun kebanyakan juga berkata, mereka masih berwaspada dengan keadaan Covid-19 dan sudah biasa dengan aturan hibrid.



Dengan itu, kelonggaran terkini langkah pengurusan selamat Covid-19 yang tidak lagi mewajibkan jarak selamat ketika memakai pelitup serta membolehkan sehingga lima pekerja untuk berhimpun di tempat kerja antara lain, tidak pula membawa kesan ketara kepada pekerja di sini.



Encik Jafri, 27 tahun, yang bekerja dalam sebuah agensi perhubungan awam berkata kelonggaran baru ini tidak begitu berbeza dengan peraturan sedia ada.



"Kami masih terhad kepada 50 peratus bilangan pekerja di tempat kerja dan kami bebas untuk mengikuti aturan kerja yang fleksibel. Saya hanya pulang ke tempat kerja rata-rata sekali setiap bulan," jelasnya.



Namun Encik Jafri menambah, sesi bersemuka bersama teman sekerja amat penting kerana walaupun sudah biasa bekerja dari rumah, usaha membina hubungan rapat dan mengeratkan hubungan sosial memang lebih baik dilakukan secara fizikal.



"Saya sangat menghargai perhimpunan di tempat kerja, terutamanya dalam melakukan aktiviti membina kumpulan atau untuk menggalak kami bekerjasama.



"Jadi dengan adanya peluang seperti ini, ia juga akan membolehkan kami bekerja dengan lebih baik dan rapat apabila bekerja secara berasingan," ujar beliau lagi.



Di bawah peraturan terkini yang dikuatkuasakan semalam, sehingga 50 peratus pekerja yang boleh bertugas di rumah akan dibolehkan pulang ke pejabat.



Sehingga lima orang dibolehkan menyertai perhimpunan sosial di tempat kerja.



Larangan terhadap pengerahan rentas juga ditiadakan.



Bagi seorang analisa dalam sebuah syarikat teknologi, Cik Nur Faezah Suhairy, beliau telah mula bekerja dari pejabatnya sejak minggu lalu kerana ingin fokus terhadap tugasnya berbanding bekerja dari rumah.



Syarikatnya mematuhi langkah sedia ada seperti had 50 peratus bilangan pekerja dan pekerja bebas memilih untuk bekerja di rumah atau di pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >