Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah beri maklum balas agar orang perlu bantuan cepat dibantu

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai yang melihat gelandangan memerlukan kini boleh menggunakan aplikasi OneService untuk memaklumkan agensi perkhidmatan sosial, yang boleh ke lokasi tersebut agar bantuan segera dapat diberi.



Dengan ciri 'Help Neighbour' (Bantu Jiran), penduduk di sesebuah kawasan perumahan juga tidak perlu memikirkan agensi atau talian hotline betul untuk dihubungi.



Ciri baru itu, yang dirintis pada 30 Jun oleh Pejabat Khidmat Perbandaran (MSO), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), menggunakan data berkaitan kawasan tertentu (geo-tagged).



Data sedemikian memberi, antara lain, maklumat berkaitan sesebuah kawasan dan geografi.



Sebagai permulaan, agensi terlibat akan memberi tumpuan kepada empat golongan utama yang sering dimaklumkan penduduk - warga emas mudah terjejas, orang gelandangan, pengumpul kadbod, dan penjual tisu memerlukan.



Orang lain yang tidak termasuk dalam empat golongan ini dikategorikan sebagai 'Others' (Lain) dalam aplikasi tersebut.



Hingga bulan lalu, maklum balas berkenaan orang memerlukan diberi 58 kali, dengan sekitar 60 peratus daripadanya individu yang sudah pun diketahui agensi-agensi terlibat.



Ini bererti, 40 peratus adalah kes baru yang ditambah ke dalam pengetahuan agensi itu, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, yang mengawasi MSO.



Dalam satu kenyataan semalam, MSO, MSF dan AIC berkata penduduk digalak mendekati individu yang dijangka memerlukan bantuan terlebih dahulu untuk memahami keperluannya dan menilai apakah bantuan diperlukan.



Hal tersebut harus dilakukan hanya apabila ia dianggap selamat dan tidak mengganggu privasi individu itu.



Dalam satu pos di Facebook semalam, Cik Sim berkata: "Dengan penduduk semakin menua, adalah baik jika kita mempunyai lebih ramai orang yang peduli akan kesejahteraan warga emas yang tinggal bersendirian atau dengan sokongan terhad.



"Tapi jika ada cara mudah bagi agensi sosial dimaklumkan secara langsung, semestinya ia lebih baik.



"(Ciri 'Help Neighbour') membolehkan orang ramai yang peduli melaporkan pertemuan mereka dengan individu-individu yang mungkin lebih mudah terjejas... tanpa berisiko menyebarkan terlalu banyak perkara berkenaan individu itu di media sosial."



Beliau berkata ini sangat relevan kerana terdapat kes di mana hubungan kekeluargaan individu terlibat amat rumit dan pendedahan kepada orang ramai boleh menambah kepada tekanan terhadap hubungan keluarga yang sudah tegang.




"Dengan penduduk semakin menua, adalah baik jika kita mempunyai lebih ramai orang yang peduli akan kesejahteraan warga emas yang tinggal bersendirian atau dengan sokongan terhad. Tapi jika ada cara mudah bagi agensi sosial dimaklumkan secara langsung, semestinya ia lebih baik."
- Cik Sim Ann, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), mengenai ciri 'Help Neighbour' aplikasi OneService.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >