Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah daftar hak cipta intelektual

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PERNIAGAAN yang ingin mendaftarkan aset hak cipta intelektual (IP) mereka akan mendapati proses itu lebih diperkemas dan cekap, tidak lama lagi.



Ini selepas Parlimen meluluskan pindaan kepada undang-undang IP untuk menggalakkan penggunaan aset tidak ketara itu oleh syarikat di sini.



Pindaan itu akan, antara lain, membenarkan penerimaan permohonan separa bagi tanda dagangan nasional walaupun sebahagian daripada tanda dagangan itu ditolak di samping meningkatkan akses orang ramai kepada dokumen paten.



Rang Undang-undang Hak Cipta Intelektual (Pindaan), yang mengusulkan perubahan kepada berbilang statut IP setempat, dibuat di tengah-tengah usaha Singapura untuk menjadi hab IP kerana nilai aset tidak ketara seperti tanda dagang, paten dan hak cipta mengatasi nilai aset fizikal di seluruh dunia.



Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong, merujuk kepada peningkatan aset tidak ketara semasa di Parlimen, berkata:



"Ini adalah penting, kerana ia bermakna aset tidak ketara lebih bernilai daripada aset fizikal. Dalam erti kata lain, idea dan inovasi lebih bernilai daripada aset fizikal..."



Tahun lepas, Pejabat Hak Cipta Intelektual Singapura (Ipos) diiktiraf sebagai pejabat IP ketiga paling inovatif di dunia, di belakang Pejabat Hak Cipta Intelektual Kesatuan Eropah dan Pejabat Hak Cipta Intelektual Korea, merosot daripada kedudukan teratasnya pada 2020.



Di rantau ini, lebih 80 peratus daripada semua permintaan di bawah program Kerjasama Pemeriksaan Paten Asean bergantung kepada laporan oleh Ipos, kata Encik Tong.



Beliau menambah pindaan itu, hasil semakan berkala oleh Ipos mengenai operasi dan prosesnya, akan menyegarkan dan mengemas kini proses pendaftaran IP di Singapura dan meningkatkan tahap mesra niaga, kecekapan operasi dan kejelasan perundangan dan prosedur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >