Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah ke JB naiki MRT jelang 2024

Aug 01, 2017 | 05:30 AM



DARI JOHOR BAHRU: ORANG ramai dapat berulang-alik antara Singapura dengan Johor Bahru dengan lebih mudah menggunakan pengangkutan awam apabila Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dilancarkan menjelang 31 Disember 2024.



RTS Link - yang berupaya menampung 10,000 penumpang sehala sejam - menghubungkan antara stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan stesen Woodlands North di Singapura, yang juga akan dihubungkan dengan Laluan MRT Thomson- East Coast (TEL) yang sedang dibina kini.



Ia dijangka meningkatkan perhubungan pengangkutan antara Singapura dengan Malaysia, selain menawarkan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di sempadan.



Tarikh RTS Link bakal dilancarkan itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Menteri Bersama Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) diadakan semalam.



Mesyuarat yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor Bahru, itu dipengerusikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dan Menteri Penyelaras bagi Prasarana Singapura, Encik Khaw Boon Wan.



Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pembangunan Negara Singapura, Encik Lawrence Wong; serta pegawai kanan pemerintah dari Singapura dan Malaysia.



Kedua-dua pihak Singapura dan Malaysia telah bersetuju melantik bersama sebuah syarikat pengendali untuk antara lain mengendali dan menyenggara aset operasi laluan rentas sempadan itu, termasuk kereta api, landasan dan sistemnya.



Bagi menggalak penyertaan dua hala, sebuah syarikat usaha sama antara syarikat Malaysia dengan Singapura adalah lebih baik, menurut kenyataan itu.



SMRT Corporation Ltd dari Singapura dan Prasarana Sdn Bhd dari Malaysia kini meneroka untuk membentuk sebuah syarikat usaha sama bagi menjadi syarikat pengendali RTS Link.



Semasa bertemu dengan media Singapura selepas mesyuarat itu, Encik Khaw, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata kedua-dua syarikat itu harus mencapai persetujuan awal bagi membolehkan Perjanjian Dua Hala bagi RTS Link ditandatangani menjelang hujung tahun ini.



"Kedua-dua pemerintah menyambut baik perkembangan ini dan kami harap mereka dapat mengadakan perbincangan serta perundingan yang berhasil," katanya.



Pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia juga akan masing-masing melantik syarikat prasarana bagi membiayai, membina, memiliki, menyenggara dan mempertingkat prasarana awam dan stesen di negara mereka.



Menurut Encik Khaw, khidmat ulang-alik Tebrau KTM Berhad (KTMB), yang menghubungkan pusat pemeriksaan kereta api Woodlands dengan Johor Bahru, akan berhenti beroperasi selepas RTS Link dilancar.



Ini akan memberi laluan kepada pembangunan lebih menyeluruh di kawasan pusat pemeriksaan di Woodlands itu yang diharapkan dapat mengurangkan masalah kesesakan di sana.



Di mesyuarat itu juga, JMCIM turut berbincang tentang projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura - menghubungkan Bandar Malaysia (KL) dengan Jurong East - yang dijangka siap menjelang 2026.



Dengan perkembangan terkini di Jurong dan Woodlands, Encik Wong pula berkata terdapat rancangan menarik bagi kedua-dua kawasan itu untuk menjadi pusat komersial kerana perhubungannya yang baik.



"Kami juga sedang membina rumah baru di kawasan ini... secara keseluruhan saya rasa kami boleh menambah sekitar 30,000 unit perumahan yang baru menjelang 2030," ujarnya.



Selain itu, JMCIM berbincang mengenai usaha yang dijalankan beberapa kumpulan kerja lain, termasuk dalam bidang kerjasama industri, imigresen, projek ikonik, pelancongan dan sekitaran semasa mesyuarat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >