Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah, murah bagi syarikat S’pura berniaga di rantau ini dengan RCEP: Chan Chun Sing

Nov 15, 2020 | 06:06 PM



Syarikat-syarikat tidak lama lagi akan mendapati urusan berniaga di rantau ini lebih mudah dan murah apabila perjanjian perdagangan bebas baru yang meliputi seluruh rantau berkuat kuasa nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing.



Bercakap kepada media selepas pemeteraian perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), Encik Chan berkata perjanjian itu akan menyediakan perniagaan dengan perlindungan harta intelektual lebih baik dan membolehkan mereka menyepadukan pengeluaran mereka di negara yang terlibat, sekali gus menjimatkan kos dan masa. 



“Kami menjangkakan negara-negara RCEP akan menawarkan diri sebagai pasaran bersepadu untuk pelaburan, khususnya pada satu masa bila rantai bekalan global dan rantai pengeluaran global dirombak semula kerana teknologi dan geopolitik,” ujar Encik Chan. 



Kata beliau, para pengguna juga akan melihat manfaatnya dengan pilihan rangkaian produk lebih berdaya saing serta penjimatan kos setelah tarif ke atas kebanyakan barangan didagangkan telah dimansuhkan. 



Perjanjian perdagangan terbesar di dunia itu telah ditandatangani oleh pemimpin dari 15 negara, termasuk Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >