Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih peluang bagi pemohon kali pertama BTO di Tengah, Jurong West, Queenstown

HDB: Terdapat tanda awal kadar permohonan BTO telah merosot dan bertambah stabil
Mar 07, 2023 | 05:30 AM



PEMOHON pertama kali yang memohon untuk flat di Jurong West Crystal, Brickland Weave dan Ulu Pandan Glades dijangka mempunyai peluang yang baik untuk menjamin unit mereka.



Ini kerana kadar permohonan kali pertama adalah rendah bagi ketiga-tiga projek itu, antara 0.2 dengan 1.8 bagi semua jenis flat, daripada flat fleksi 2 bilik hingga flat 5 bilik.



Kadar penolakan purata pula adalah 40 peratus di peringkat pemilihan flat berdasarkan masa lalu, menurut kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin, semasa memberi perkembangan terkini mengenai permohonan bagi skim Bina Mengikut Tempahan (BTO) bagi Februari 2023.



Lebih 4,400 flat baru dilancarkan untuk dijual di lima projek di Kallang, Whampoa, Queenstown, Jurong West serta Tengah.



Dalam kenyataannya itu, HDB berkata terdapat tanda awal bahawa kadar permohonan BTO telah merosot dan bertambah stabil.



"Kami terus menggalak pembeli flat supaya menimbangkan flat BTO yang terletak di estet tidak matang atau projek yang mempunyai kadar permohonan rendah bagi meningkatkan peluang mereka unutk menempah flat.



"Pembeli pertama kali yang gagal dalam dua percubaan atau lebih untuk flat BTO di estet tidak matang, akan diberkan peluang tambahan bagi permohonan mereka untuk flat BTO di estet tidak matang.



"Berdasarkan rekod kami, hampir kesemua pemohon pertama kali bagi flat BTO di kawasan tidak matang, mempunyai peluang untuk menempah flat mereka dalam tiga percubaan mereka.



"Malahan, sekitar 9 dalam 10 pemohon mempunyai peluang untuk mendapatkan flat dalam dua percubaan mereka," ujar kenyataan itu.



Jurong West Crystal dan Brickland Weave masing-masing terletak di kawasan tidak matang, Jurong West dan Tengah manakala Ulu Pandan Glades pula bertempat di kawasan matang, Queenstown.



HDB menjelaskan, dalam kalangan projek itu, pemohon yang berjaya bagi projek Jurong West Crystal dan Brickland Wave boleh berpindah ke rumah baru mereka lebih awal kerana tempoh menunggu yang lebih singkat, masing-masing pada 3.9 tahun dan 4 tahun.



Sehingga 11 pagi pada Isnin (6 Mac) kadar permohonan median bagi pemohon kali pertama untuk flat 3 bilik dan lebih besar adalah 1.8, iaitu sama dengan latihan penjualan BTO pada November 2022, yang mempunyai bekalan flat seganda berbanding latihan sekarang.



Kadar permohonan 1.8 dan 2.0 masing-masing pada penjualan BTO November 2022 dan Februari 2021 adalah yang terendah semasa pelancaran penjualan suku tahunan HDB bagi tiga tahun lalu.



Menurut HDB, kesemua lima projek BTO mempunyai kadar permohonan 1.7 atau lebih rendah bagi pemohon kali pertama untuk flat jenis tiga bilik atau lebih besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >