Lebih peluang latihan, subsidi bagi pekerja aeroangkasa, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

BERITA

Lebih peluang latihan, subsidi bagi pekerja aeroangkasa

Chun Sing: Prospek jangka sederhana, panjang sektor baik meskipun industri kini terjejas akibat permintaan lemah
Sep 02, 2020 | 05:30 AM

PEKERJA sektor aeroangkasa yang terjejas teruk akibat kesan pandemik Covid-19 kini boleh mendapat lebih banyak peluang latihan dengan subsidi lebih tinggi.

Lebih 13,000 tempat latihan dalam sekitar 100 kursus akan disediakan buat sektor itu.

Latihan yang ditawarkan itu termasuk dalam bidang penyenggaraan pesawat, analitik dan operasi robotik.

Pekerja yang mengikuti latihan itu akan terus mendapat gaji sepanjang tempoh latihan serta mendapat subsidi hingga 90 peratus bagi kursus tersebut.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) Gan Siow Huang mengumumkan langkah bantuan itu semasa lawatan mereka ke Singapore Aero Engine Services Ltd (SAESL) semalam.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Usaha itu sebahagian Pakej Bantuan Latihan Dipertingkat (ETSP) yang pada awalnya ditawarkan kepada enam industri lain yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Sejauh ini, lebih 35,000 pekerja daripada lebih 920 perusahaan telah meraih manfaat daripada pakej itu, ujar Cik Gan.

Mereka ialah pekerja sektor pelancongan, pengangkutan udara, runcit, khidmat makanan, pengangkutan darat, serta seni dan budaya.

Sebanyak 84,000 tempat latihan ditawarkan, dengan setiap pekerja boleh mengikuti lebih satu kursus.

Bercakap kepada media menerusi satu sidang video, Encik Chan berkata prospek jangka sederhana hingga panjang sektor aeroangkasa baik meskipun industri itu kini terjejas akibat permintaan lemah.

Meskipun permintaan sedunia dalam tempoh jangka pendek bagi khidmat penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih yang ditawarkan sektor aeroangkasa berkurangan, beliau berkata permintaan bagi sektor penerbangan sedunia akan pulih semula.

Oleh itu, Singapura tidak akan berdiam diri sahaja, sebaliknya akan memanfaatkan masa sepenuhnya sekarang untuk memastikan pekerja bersedia bagi masa akan datang.

Malah, tambah Encik Chan, langkah menyediakan ETSP bagi sektor itu menunjukkan tekad dan keyakinan pemerintah terhadapnya.

Encik Chan berkata pemerintah akan melabur bukan bagi membangunkan kemahiran bagi generasi enjin sekarang sahaja, bahkan kemahiran baru, termasuk kemahiran digital untuk mengendali generasi enjin baru yang akan menggerakkan sektor penerbangan seterusnya.

Beliau turut menekankan pentingnya langkah mengekalkan pekerja dalam sektor itu bagi tempoh jangka panjang walaupun dalam keadaan sukar sekarang.

"Keupayaan dalam industri aeroangkasa ini amat unik... tidak boleh belajar kemahiran itu, tinggalkannya dan kemudian kembali lagi.

"Oleh itu, adalah penting kita mengekalkan ketekalan dalam aliran kerja... kerana tanpanya, selepas permintaan meningkat nanti, susah bagi kita menambah jumlah jurutera berkelayakan yang diperlukan industri," kata Encik Chan.

Keluaran sektor aeroangkasa berjumlah lebih $13 bilion tahun lalu dan ia mempunyai lebih 22,000 pekerja.

Namun dengan permintaan bagi perjalanan udara kekal rendah akibat Covid-19, sektor itu antara yang terjejas paling teruk sekarang.

Salah sebuah syarikat besar dalam sektor itu, Pratt & Whitney, misalnya memberhentikan sekitar 400 pekerja - 20 peratus daripada tenaga kerjanya - bulan lalu.

Naib pengerusi Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Sazali Zainal, berkata kesatuan sekerja telah melobi bagi ETSP buat sektor itu sebagai sebahagian usaha menyelamatkan pekerjaan.

"Kami menggesa syarikat memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran pekerja dan yang paling penting, bekerjasama dengan kesatuan pekerja untuk mengatasi cabaran yang mereka hadapi pada masa sukar sekarang," ujar Encik Sazali, yang juga presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura (Siseu).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map