Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai banduan 60 tahun ke atas dalam penjara, pusat pemulihan dadah

Feb 26, 2019 | 01:33 PM



LEBIH ramai orang berusia 60 tahun ke atas dimasukkan ke penjara atau Pusat Pemulihan Dadah (DRC) tahun lalu.



Daripada 9,471 banduan yang dimasukkan penjara tahun lalu, 486 berusia 60 tahun ke atas, menurut perangkaan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang dikeluarkan sewaktu sidang media semalam.



Ia berkata ini kali pertama dalam sekurang-kurangnya 10 tahun bilangan itu melebihi 400.



Di DRC juga serupa, dengan bilangan yang dimasukkan tahun lalu melonjak 45 peratus ke 29 orang - terbesar dalam tempoh lapan tahun lalu.



Kenaikan itu menyumbang kepada peningkatan dalam peratusan banduan berusia 60 tahun ke atas.



Mereka membentuk 8.9 peratus banduan di penjara sehingga 31 Disember lalu, naik dari 6.1 peratus pada 2016.



Di DRC, mereka membentuk 2.9 peratus tahanan, naik dari 2.1 peratus pada 2016.



Statistik terkini itu juga menunjukkan satu trend positif, dengan lebih ramai pesalah tidak mengulangi kesalahan dalam masa dua tahun pertama selepas dibebaskan.



Kadar bentan di kalangan banduan keseluruhan kekal rendah dan stabil sepanjang tiga tahun lalu.



Malah, kadar itu susut dari 26.5 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2014, kepada 23.7 peratus pada 2016. 



Mendedahkan demikian, Pekhidmatan Penjara Singapura (SPS) menyatakan usaha mengurus dan memantau pesalah bersepadu semula dengan masyarakat telah membantu.



Ini termasuk Program Berteras-Masyarakat (CBP) yang membolehkan pesalah berintegrasi semula dengan lebih lancar sambil dipantau dan menjalani program pemulihan.



Membentangkan perangkaan tahunan dalam satu sidang media semalam, Timbalan Pengarah Komand Pembetulan Masyarakat (COMC), Superintenden Penjara (SUPT) Karen Lee Tze Sein berkata tugas perkhidmatan penjara tidak berakhir setelah banduan dibebaskan.



“Penyelidikan dan pengalaman menunjukkan bahawa pemulihan lebih efektif dalam suasana kehidupan sebenar, kerana ia mengizinkan pesalah menghadapi dan belajar mengatasi tekanan hidup,” kata beliau.



Misalnya terdapat 1,098 tahanan ditempatkan di bawah CBP tahun lepas, jumlah terbesar dalam tempoh tiga tahun lalu. Mereka menjalani hukuman mereka di rumah peralihan, tahanan di rumah atau di skim pelepasan kerja.



Di samping itu, terdapat program lain seperti Skim Jagaan Lanjut Mandatori (MAS), yang dikhaskan buat pesalah berisiko tinggi.



Menurut SPS, kadar penyelesaiaan skim tersebut telah naik dari 91.6 peratus pada 2017 kepada 93 peratus pada 2018.



Jumlah banduan yang telah diletakkan di bawah skim ini tahun lalu pula naik lebih dua kali ganda kepada  734  berbanding 314 pada 2017. Terdapat lebih jumlah pesalah yang layak bagi skim ini, menurut SPS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >