Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih ramai bujang dan warga emas Melayu juga beli flat lebih kecil

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



KENAIKAN bilangan keluarga Melayu yang tinggal di flat satu dan dua bilik didorong beberapa faktor, termasuk lebih ramai yang duduk di flat sewa awam, serta lebih ramai bujang dan warga emas yang membeli flat lebih kecil.



Ini dinyatakan Menteri Pembangunan Negara Encik Desmond Lee, yang berkata bilangan keluarga Melayu yang tinggal di flat satu dan dua bilik telah meningkat daripada 8.7 peratus pada 2010 kepada 16 peratus pada 2020.



Bilangan yang tinggal di flat tiga bilik pula kekal stabil pada 22 peratus pada 2020, dan 21.1 peratus pada 2020. Perangkaan ini berdasarkan Banci Penduduk 2020.



Encik Lee berkata bilangan keluarga Melayu yang tinggal di flat sewa awam HDB telah meningkat, sejajar dengan kenaikan bekalan flat tersebut dalam sedekad lalu - daripada sekitar 45,500 pada 2010 kepada sekitar 62,000 pada 2020.



"Kenaikan dalam bekalan flat awam ini telah membolehkan HDB untuk menyediakan perumahan bagi lebih ramai keluarga rentan dan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pilihan perumahan lain," kata Encik Lee.



Ini termasuk keluarga muda yang tidak lagi boleh tinggal dengan ibu bapa dan memerlukan perumahan sedang mereka merancang membeli flat sendiri; keluarga yang telah menjual flat sebelum ini disebabkan perubahan dalam keluarga atau keadaan kewangan; serta warga emas yang tidak mempunyai simpanan atau pendapatan dan tidak mempunyai sokongan keluarga atau tidak boleh tinggal dengan anak.



Encik Lee berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) yang ingin tahu apa faktor yang menyebabkan lebih ramai keluarga Melayu tinggal di flat lebih kecil.



Dalam jawapannya, Encik Lee berkata selain lebih ramai yang menyewa flat awam, lebih ramai orang Melayu juga yang membeli flat satu dan dua bilik HDB.



Bilangan orang Melayu yang membeli flat tersebut meningkat daripada 3 peratus pada 2010, kepada 8 peratus pembeli pada 2020.



"Kenaikan ini juga dilihat bagi kumpulan kaum lain. Ini sebahagiannya mungkin disebabkan orang bujang yang dibolehkan membeli flat dua bilik baru sejak Julai 2013 dan warga emas yang berpindah dari flat lebih besar ke flat dua bilik Fleksi," kata Encik Lee.



Dalam tempoh lima tahun lalu, sekitar 4,600 keluarga telah berpindah dari flat sewa ke rumah sendiri, berbanding 2,600 keluarga dalam tempoh lima tahun sebelum itu.



Daripada 4,600 keluarga itu, sekitar 40 peratus merupakan keluarga Melayu.



Lagi 2,000 keluarga yang tinggal di flat sewa telah menempah flat baru dan sedang menunggu flat mereka, dan sekitar 40 peratus daripada angka ini merupakan keluarga Melayu.



"Secara keseluruhan, dapatan Banci Penduduk 2020 menunjukkan masyarakat Melayu telah mencapai kemajuan ketara dalam pendidikan, pekerjaan dan pendapatan isi rumah.



"Asas pendidikan kukuh, yang membolehkan mereka meraih pekerjaan stabil, penting untuk meningkatkan pencapaian dalam perumahan," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >