Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Lebih ramai dapat bantuan di bawah MediShield Hayat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih ramai dapat bantuan di bawah MediShield Hayat

Nov 01, 2016 | 07:38 AM

LEBIH ramai orang mendapat bantuan dalam membayar bil perubatan mereka, dengan mendapat pembayaran lebih tinggi, setelah skim insurans nasional MediShield Hayat diperkenal setahun lalu.

Hampir 400,000 tuntutan dibuat antara November hingga September lalu dan lebih $600 juta telah dibayar.

Daripada jumlah itu, $102.5 juta dinikmati orang yang tidak mempunyai insurans sebelum ini, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH).

Sepanjang tempoh sama pada tahun sebelumnya, $307.5 juta diagih bagi 291,500 tuntutan di bawah MediShield lama.

MediShield Hayat dilancarkan pada 1 Nov 2015. Ia meliputi setiap warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura dan kekal bagi penjagaan bersubsidi sepanjang hayat.

Sebelum ini, mereka yang terlalu tua atau sakit tidak dilindungi.

Seramai 25,000 orang dalam golongan itu yang dianggap mempunyai penyakit sedia ada serius perlu membayar premium 30 peratus lebih tinggi bagi 10 tahun pertama skim itu.

Mereka yang tidak dilindungi sebelum ini sekarang mempunyai insuran dan mendapat pembayaran lebih tinggi.

Mereka membuat 65,000 tuntutan sejak MediShield Hayat diperkenal dan menerima lebih sedikit bagi setiap tuntutan - $ 1,577 - berbanding pemegang polisi lain, yang mendapat purata $1,539.

Kedua-dua jumlah itu lebih tinggi daripada tuntutan purata $1,271 di bawah MediShield lama, sebelum perlindungan lebih baik di bawah MediShield Hayat bermula April lalu.

Namun, ada tukar gantinya. Premium meningkat, mencapai $1.75 bilion dalam tempoh 11 bulan sejak pelancarannya, berbanding $685.7 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya. Premium bagi setiap orang ialah antara $130 dan $1,530, bergantung pada umur.

Daripada jumlah itu, hampir separuh disubsidi Pemerintah.

Premium yang dikumpul, tolak subsidi yang diberi, akan dilaburkan dalam Sekuriti Khas Pemerintah Singapura kerana ia mempunyai kestabilan jangka panjang, kata pengerusi Majlis MediShield Hayat, Cik Fang Ai Lian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3