Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Lebih ramai diberkas salah guna dadah, CNB khuatir peningkatan pesalah muda kali pertama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih ramai diberkas salah guna dadah, CNB khuatir peningkatan pesalah muda kali pertama

Feb 25, 2019 | 02:25 PM

SEKITAR 40 peratus penyalahguna dadah yang diberkas di Singapura tahun lalu adalah pesalah kali pertama, dengan hampir dua pertiga berusia bawah 30 tahun.

Bilangan itu merupakan keprihatinan yang diutarakan pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) Ng Ser Song dalam laporan tahunan biro itu hari ini (25 Feb).

Menurut CNB, 3,438 penyalahguna dadah diberkas tahun lepas, naik 11 peratus daripada 3,091 pada 2017.

Mereka yang berumur antara 20 dengan 29 tahun terus membentuk bilangan  penyalahguna paling besar, dengan 1,010 daripada mereka yang diberkas membentuk kumpulan ini.

Bilangan pesalah berulang juga meningkat sebanyak 12 peratus kepada 2,072 tahun lalu.

Bilangan penyalahguna dadah kali pertama yang ditangkap naik kepada 1,366 -- naik 9 peratus daripada 1,249 tahun sebelumnya -- dengan 64 peratus daripadanya berusia bawah 30 tahun.

Bilangan mereka yang diberkas meningkat dalam semua kumpulan etnik, dengan majoriti (1,760) adalah Melayu.

Orang Melayu juga membentuk kumpulan terbesar di kalangan penyalahguna baru dengan 673 diberkas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3